MERAH JAMBU-kelahiran adik baru?

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Alhamdulillah allazi hadana lihaza wama kunna linahtadiya lau la an hadanaLLAH,
Allahumma salli ala muhammad habibi waikhwani insya-ALLAH fil Jannah.Ameen.

Tanggal ini merupakan detik sedih dan gembira buat hamba,kembali ke sekolah dan berkhirnya cuti.Waktu berjuang sudah tamat dan waktu berehat suadah kembali.Tak sabar bertemu semula dengan sahabat,study,ustaz dan usatazah dan setiap penghuni tanah wakafanSMAKL.Untuk post kali ini,penulis hanya ingin berkongsi cerita diri kepada semua ahli "halaqah blog" ini.Kerana penulis baru belajar "impian yang tidak dikongsi sukar dicapai".

Kenangan ANAK SOLEH

Wajah ini dirobek dan dicantum oleh tangan anak-anak,
benih-benih baru di tanah terasing,
Kem Bukit Kolam namanya,
Mereka menanti kehadiran abang misali untuk membimbing,
Perjalanan jauh ,
berpandukan peta Kem Anak Soleh,
Abg SHAATIBI!!
begitulah jerit mereka apabila bertemuku,
di tengah perjalanan,
mereka membentuk pasukan baru,
dinamainya MERAH JAMBU,
bersama kami hadapi cabaran dan duri,
membentuk peribadi,
ANAK MUSLIM SOLIHIN!!

Rasanya tak sempat untuk hamba menulis tentang kenangan kem Anak Soleh kali pertama 2010 anjuran Sekolah Rendah Ibn Qayyim dan Haluan Terengganu.Nantikan report penuh daripada hamba buat tuan hamba semua dalam jangka masa sebulan ini.Persoalan mereah jambu akan terungkai.

Ekspo Pendidikan Sek. Men. Agama Kampung Laut 2010

Tak sempat menulis banyak kali ini tapi sekadar makluman buat semua "ahli halaqah " blog ini.Bumi wakafan ini akan digegarkan dengan pesta tarbiyyah pada Ekspo sulung ini.Tarikh yang dipilih ialah 1,2,3 Julai 2010.Pada hari itu akan ada pelbagai aktiviti menarik dan akan ada juga Hari Temu Murni bersama ibu bapa untuk menganalisis sejauh mana prestasi pelajar,mutarabbi tarbiyyah untuk seperdua tahun ini.(Debor eden,moga dopet result yang cemerlang.Ameen.Doakan ye)

Jangan lupa datang beramai-ramai!!!Temui penulis di sana.

DIRI INI

Doakan penulis agat terus thabat di atas jalan Dakwah dan Tarbiyyah ini.Sekarang penulis ingin menyiapkan minda agar menjadi calon Sijil Pelajaran Malaysia yang paling Super tahun ini.Untuk ISLAM!!!Nantikan daripada penulis karya cerpen kedua yang sedang ditulis "Konvoi Hidayah" dalam masa terdekat ini....Minta maaf atas segala kesilapan,minta maaf kalau tidak selalu menghadiri "halaqah blog" ini.Hamba bukan empunya waktu.
Sekian,wassalam.

p/s:Jangan lupa datang Ekspo tau!!

Category: 0 comments

Berkat ilmuku di tangan mereka

Artikel kali ini penulis karyakan buat dua orang USTAZ Sekolah Menengah Agama Kampung Laut yang berpisah dengan kami sebagaimana tercatat di dalam suratan Takdir Ilahi.Mereka merupakan Ustaz Muhammad Syafiq bin Che’ Ani dan Ustaz Muhammad Fikri bin Muhd Nasri.Kedua –duanya telah bertugas sebagai warden dan kedua-duanya telah mengukir karya mereka dalam catatan sejarah SMAKL.

Kedua-dua ustaz ini telah memulakan perkenalan yang agak suram bersama penulis.Ustaz Syafiq yang penulis mula kenal pada akhir tahun 2008 ketika berjalan bersama ustaz Rajaie tidak senyum dan bercakap tetapi lebih menjadi pemerhati.Mungkin baru nak sesuaikan diri.Ustaz Fikri pula lain pula ragamnya,ustaz ini lebih mesra dan terbuka…senang kata,mudah bergaul dengan orang lain.Namun,kedua-duanya telah banyak menyedarkan penulis akan erti kehidupan.

Jikalau ingin memerihalkan kedua-dua ustaz muda ini,mereka merupakan ustaz yang berkaliber dalam bidang masing-masing.Ustaz syafiq dalam bidang Deeniah dan ustaz Fikri dalam bidang bahasa.Kedua-duanya juga telah memberi perspektif yang lebih luas kepada penulis dalam kedua-dua bidang ini dan meransang penulis untuk menjadi pemikir bukan sekadar penuntu sahaja.Ustaz Syafiq cukup disukai penulis dari sudut ketepatan istilah yang digunakan dalam setiap penerangannya manakala untaz Fikri dari sudut bimbingannya kepada penulis dari sudut kepimpinan dan sastera.Semoga ALLAH rahmati kedua-duanya.

Air mataku menitis lagi,
Setelah lama kolam itu mengering,
Melihat pemergian si penjaga mergastua,
Yang selama ini menjaga benih-benih,
Di kebun bangsa.
Kekeluan melingkari diri,
Bersama sebak menghasut,,
Tak mampu terluah kata-kata perpisahan,
Ataupun mantera kasih penghabisan,
Sekadar salam kuhulur,
Buat tanda pemergian.

Tuhan,
Kau iringilah kedua-duanya dengan berkat cintamu,
Kau berilah mereka peluang yang lebih cerah di dalam kehidupan,
Kurniakan kepada mereka kebun bangsa yang lebih subur,
Agar pohon-pohon Islam bakal berbuah semula,
Kau kuatkankanlah kudrat dan keringat mereka,
Kau lengkapkan roh dan akal mereka,
Dengan cahayamu yang takkan pernah padam,
Kau jadikanlah mereka orang sabar dan tabah,
Serta kasih akan manusia yang lain,
Serta sudi memaafkan pabila ia tersilap.

Duhai penjaga,
Benih ini mohon tidak dilupakan,
Dalam doa kudusmu,
Ku cukup bimbangi satu perkara daripada jutaan yang lain,
Tuhan tak redhai ilmu di dada,
Dan engkaulah penentu,
Berkat ilmuku.

Sekadar ini sahajalah coretan yang mampu penulis lakarkan dalam karya kali ini.Penulis hanya inginkan setiap pembaca menghargai guru mereka walau apa pun kesalahan mereka dan kekurangan mereka.Yang baik itu penulis kemabalikan semula kepada ALLAH dan segala kekurangan penulis ukirkan pada wajah penulis agar tidak diulangi lagi.Wallahua’lam.

p/s:Jangan lupa bagi perkembangan tentang diri ustaz kepada kami dan ana minta maaf atas segala kelemahan ana.Buat ustaz Fikri,ana sedih sangat sebab tak sempat bersalam dengan ustaz….
Category: 3 comments

KAHFI- bukan nama biasa

Sebahagian gambar-gambar sahabat,di Kem Asah Fakulti Insan 2010 kali pertama Zon Timur.

fasi Akram bergaya ketika nasyid tema dipasang
"Mujahid Setia"


biskut kering...teman setia sepanjang kem




tok penghulu berbaju biru


sewaktu taklimat



Alhamdulillahirabbil alamin,segala puji bagi Tuhan Empunya Alam yang memberi hamba ini begitu banyak peluang untuk menambah kebaikan sebagai bekal bertemu dengannya.Insya-ALLAH.

Selawat serta salam tidak terhinggga kepada Mastermind Tarbiyyah dan Dakwah ,Nabi Muhammad s.a.w yang telah mengorbankan segala apa yang ada pada diri Baginda sehingga akhirnya ISLAm sampai pada diri kita pada hari ini.Hamba cukup bersyukur dengan pertemuan “halaqah blog “ ini,satu lagi kekuatan bagi hamba untuk meneruskan jiddiyah dalam jalan yang panjang ini.

Kali ini,hamba ingin berkongsi tajribah dan ibrah dari Kem Asah Fakulti Insan yang hamba lalui pada awal cuti kali ini.hamba sekali lagi sangat bersyukur kepada Al-Ilah yang menyiapkan diri hamba dengan asahan ini sebelum menghadapi cuti yang disistemkan oleh jahiliyyah secara terancang dan sistematik.Kem yang diadakan pada 4-6 Jun tahun ini peringkat zon timur telah meninggalkan seribu satu kenangan ukhuwwah dan fikrah yang tidak akan dilupakan oleh hamba.

Hamba terlewat sampai ke SMAKL lebih kurang 10 minit daripada masa yang telah ditetapkan(Lewat sokmo,kene ubah ni).Alhamdulillah,mujurlah bas belum lagi bertolak tapi hamba tidak ada tempat duduk memandangkan tiga-tiga bas telah penuh.Jadi,ana(ubah stylelah) kena tumpang kereta Daud dan Anas Asyraf(beruntung sebenarnya) bersama Ali Karim dan Syafiq.Sepanjang perjalanan kami dihidangkan dengan lagu-lagu Shoutul Harokah dan pemandangan alam yang cukup indah.

Kulihat alam setenang air di kali,
bersama hembusan angin dan terik suria,
Ku pasti akan dua perkara dari jutaan yang lain,
Alam ini sedang bertasbih memuji Rabb mereka,
Sedang aku sendiri melalaikan Rabb ku,
Dan bahawa alam ini pasti akan hancur,
walaupun aku tidak lagi bersedia.

Bersama laungan semangat dalaman,ana terus berusaha menycikan niat dan matlamat agar pengisian kem ini akan terkesan di hati yang penuh dosa ini.Insya-Allah.Setelah 40 minit lebih kurang,kami sampai ke Kem Pengkalan Gawi Tasik Kenyir.Kami merupakan peserta pertama yang sampai dan kami terus menunaikan solat asar.Kedatangan peserta lain yang sedikit lambat member kami pelung untuk melihat-lihat kawasan sekitar kem dan mengacau fasi-fasi dan urusetia.

Program pertama bermula agak lewat(6.00 petang),taklimat daripada Kem Kom,Abg Faris meminta kami agar menetapkan hati kami pada 4 matlamat:
· Ukhuwwah
· Berdikari
· Bekerjasama
· KeARAH

Setelah itu,program diteruskan dengan Ice Breaking dan Team Building.Ana cukup bertuah kerana menjadi ahli kumpulan pertama,GHURABA’ bersama ahli yang komited,Irfan Khir,Ridhwan Hakim,Amirul Hafiz(Pahang),Aunee dan adik ana paling bongsu dalam kumpulan,Anas Amran.Berita baik buat kami apabila diberi peluang untuk mandi di dalam tasik kerana semua tandas diguna oleh sahibah.(Sebenarnya untuk keseluruhan kem ini kami ‘terpaksa’ mandi tasik).

Slot pertama kami telah di’all out’kan oleh Cikgu Razali Maarof yang membawa tajuk Cabaran Pelajar Muslim.Dalam slot ini kami disedarkan bahawa kondisi UMMAH tercinta ini amat daif dan mengasihankan,telah menjadi tanggungjawab KAMI(sesiapa sahaja yang memahami fikrah ini) untuk memperbaiki keadaan ini.Maka cabaran yang akan ditempuhi oleh pejuang Tarbiyah dan Dakwah memerlukan kekuatan yang tidak terkalahkan untuk melepasinya.Dan kunci yang telah dikongsi oleh Cg. adalah Tawazun dalam tiga Quotient iaitu Intellectual Quotient,Emotional Quotient dan Spiritual Quotient.Ketiga –ketiga ini merupakan fakulti insan yang perlu dijana secara istiqamah untuk melahirkan Muslim cemerlang Dunia Akhirat.Secara ringkasanya,pembinaan ketiga-tiga kekuatan ini memerlukan tiga bekalan jua Knowledge,Tarbiyah dan Dakwah.

Fikrah ini terus dinyalakan pada keesokan paginya dengan penyampaian daripada Cg Kamaruddin(Ayah Raji) dengan tajukTarbiyah Dzatiyyah dan Pengaruhnya dengan Wa’yul Islami.Daripada penyampaian itu,cg amat menekankan aspek pembinaan individu dalam kerja Dakwah ini kerana ia merupakan asas sebelum tertegaknya keluarga,masayarakat, dan DAULAH muslim kepada ALLAH s.w.t.Dalam loghat teganu,Nok ke Ta’mboh?Semuanya terletak pada tangan kita.Cg juga memberitahu bahawa satu elemen yang penting dalam tarbiyah ini adalah Muhasabah.Mengingatkanperkara ini,ana teringatkan tulisan Ibn Qayyim “…..perkara yang asas dalam muhasabah ini ialah duduk sebentar sebelum tidur .Seseorang merenung amalannya yang baik dan yang buruk dan merperbaharui nasuhanya kepada ALLAH.Sekiranya dia bangun pada keesokannya,dia bangun sebagai insan baru dan bersedia untuk beramal dan sekiranya dia mati sesungguhnya dia telah mati dalam keadaan BERTAUBAT…” Bagi ana,tarbiyyah dzatiyyah amat memerlukan pernacangan dan cita-cita oleh para mutarabbi untuk menerapkan Islam dalam dirinya.Sama-samalah kita tingkatkan Tarbiyyah Dzatiyyah dalam kehidupan kita.

Program ini diteruskan lagi dengan Explorace yang melibatkan 6 checkpoint.Kumpulan kami telah digabungkan dengan kumpulan dua dengan istilah K.L 1.Dalam setiap checkpoint kami akan bertanding dan kumpulan dua yang dipelopori olek Luqman Ibrahim amat keras menunjukkan persaingan hingga sering menaikkan semangat kami untuk lebih bersungguh-sungguh.Kumpulan antara kumpulan yang tersesat dalam perjalanan kerana kami telah diminta untuk melukis peta sendiri dan merujuk kepada peta tersebut 100%.Malangnya,ketua tersilap pandang dan mengambil jalan yang nyata melencong jauh dari trek.Inilah yang memberi ana kesedaran baru dalam ukhuwwah.Peristiwa ini telah mengeratkan ukhuwwah kami kerana ALLAH dan proses taaruf antara kami berjalan hebat.Teringat kata-kata Abg Hafiz Hazim dalam Checkpoint Tren Bahagia,”kalau antum boleh bersama-sama menjaga belon agar tidak jatuh,mengapa antum tidak bersama-sama menjaga iman antum agar tidk jatuh?”Soalan itu membuat ana terpana.Ana berasa terpukul kerana soalan itu dan ana berharap agar ana dapat bersama-sama antum dalam menjaga ukhuwwah yang kita miliki ini.Hasil pertandingan,kumpulan ana menang dengan kumpulan Luqman dengan mata 5.5-1.5.

Satu lagi acara yang memberi ibrah yang cukup besar dalam diri ana ialah slot Heart to Heart.”Slot inilah yang menentukan jaya atau tidaknya program kali ini.”,begitulah kata-kata Abg Nik Hassan selaku moderator slot ini.Dengan linangan air mata,Abg Nik membuat muhasabah kepada kami apakah kami telah mencapai 4 MATLAMAT yang kami sepakati pada hari pertama hari itu.Ukhuwwah???Kerjasama???Penyerahan hati dalam Tarbiyyah??Apakah kita telah menyelesaikan semua itu.Ucapan seterusnya diikuti dengan ucapan Abg Ahmad yang mengingatkan kami semua Detik-etik akhir kewafatan Rasulullah s.a.w yang begitu cintakan Kita dan amat berharap agar ISLAM menyentuh hati kita.Amatlah besar pengorbanan baginda hingga akhirnya kita semua bergelar Muslim.Alhamdulillah.Dan,begitulah besarnya tugas kita untuk menyambung perjuangan ini kerana itulah satu-satunya jalan berjumpa Rasulullah s.a.w di Syurga kelak.Slot ini diakhiri dengan ucapan Abg Faris,”..Kem ini kem yang paling ana benci sewaktu berpisah dengan antum..Ana sayang antum semua kerana ALLAH taala.

Itulah cebisan kenangan yang tidak akan ana lupakan sampai bila-bila kerana ALLAH telah member hidayahnya melalui kem ini.Buat peserta KAHFI zon lain,sentiasalah berusaha mengutip mutiara yang bakal antum dapatkan dan jgn lepaskan peluang.Sucikan niat hanya untuk meraih Redha ALLAH semata-mata,rapatkan Ukhuwaah yang sedia terjalin dan tambahkan kenalan baru dan Antum akan dapat jutaan kebaikan daripada Rabb Jalla Sya’nuhu.

KAHFI,
satu pengasingan daripada ALLAH kepada tujuh pemuda ,
dselamatkan Aqidah mereka oleh ALLAH s.w.t,
Begitu juga kita,
KAHFI ini adalah ulangan tarbiyyah ALLAH kepada kita,
Ia bukan sekadar nama untuk ditiru,
tetapi tapak semaian untuk pemuda,
Beriman kepada Allah lalu ditambahkan petunjuknya,
sebelum melangkah ke dalam masayarakat dan membuat perubahan,
dengan gelombang pemuda KAHFI millennium!!!
ALLAHU AKBAR!!!

Segala kebaikan itu datang daripada ALLAH dan segala kekurangan itu datang daripada hamba yang dhaif.Semoga Allah bantu kita semua.Ameen.

p/s : Ana agak sedih kerana tak sempat bersalaman dengan abg Faris,Nik Hassan,Hafiz Hazim,Akram,Daud ,Anas Asyraf dan semua alumni lainnya.Moga ALLAH eratkan ukhuwwah ini dan moga kita bertemu lagi pada lain acara.Ya ALLAH,rahmati mereka…rahmati mereka…rahmati mereka….Ameen.




Category: 2 comments
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
sudah lama tangan ini tidak meneyentuh papan 'keyboard' ini berkongsi suka dan duka dalam halaqah blog kita ini.Alhamdulillahi rabbil 'alamin...akhirnya Empunya alam memberi sedikit masa untuk hamba mencoret madah bermanfaat.

Alhamdulillah,semalam(8 Mei 2010) hamba berpeluang mengikuti program Perhimpunan Perdana Palestin yang diadakan di Stadium Malawati Shah Alam.

Program yang dianggarkan dihadiri oleh 15000 pengunjung ini merupakan salah satu program mengumpul dana bagi membantu operasi antarabangsa membantu saudara-saudara kita di GAZA.Alhamdulillah,sedari awal perjalanan menuju ke stadium,hamba tidak henti-henti berdoa di dalam hati agar program pada malam ini akan berjaya.Program ini turut disertai oleh NGO2 lain yang menyedari hakikat palestin kepada ummah.

Alhamdulillah,SMAKL (2 bas),SMIK(4 bas),MATRI(4 bas),kehadiran ini sudah pasti menggamatkan suasana dalam dewan dengan takbir tahmid pemuda pewaris Tarbiyyah dan Dakwah.Bukan itu sahaja,pengunjung yang hadir juga memenuhi hampir tiga suku tempat duduk yang memang tersedia di stadium ini.Bahkan,ada pihak yang membawa sepanduk-sepanduk dan bendera Palestin tanda cinta terhadap tanah suci AL-QUDS dan benci terhadap embargo ISRAEL terhadap GAZA.Suasana yang cukup gamat dan meriah ataupun bak kata Ustaz Abu Bakar(kumpulan Raihan),"suasana yang jarang-jarang dirasai di Malaysia".

Perjalanan keseluruhan program bolehlah diringkaskan seperti berikut :
1.Pembacaan Al-Faatihah.
2.Ucapan Presiden Haluan Palestin,Bro Azman.
3.Ucapan Presiden Haluan,PC Lah Sudin
4.Ucapan Wakil Datuk Bandar Selangor
5.Persembahan daripada InHeart dan Bro Muaz
6.Tayangan Multimedia
7.Pidato Timb. Presiden JIM
8.Raihan show-time
9.Ucapan wakil MUSLIM CARE
10.Tayangan multimedia
11.Fund Raising daripada Dr. Azizan.
12.Ucapan wakil IHH Turki
13.Ucapan Sheikh Ziyad Al-Qishawi,Koordinator Bantuan Antarabangsa Palestin.
14. ShouHar menggegar dewan.
15.Resolusi daripada Haluan Siswa.
16.Bacaan doa.

Program yang berakhir pada pukul 12.00(jam hamba) ini bolehlan dikatakan sebagai 'new-spirit anad exhausting ending".Bagi diri hamba program ini telah mengukir ingatan berharga buat bekalan DnT.

1. Di program ini,hamba telah berkenalan dengan ramai sahabat baru tempatan mahupun yang datang dari luar.Ada yang hamba pernah bertemu dengannya sebelun ini di Kem ALERT 2010 tp tak sempat nak bertaaruf.Hamba juga mengenal Muhammad drpd Mesir dan Habieb drpd Khalil,Palestin.Terasa macam orang arab pada waktu tu.paham tak paham,hamba cuba juga membelitkan lidah bertutur dalam bahasa kita ini.Kedua-duanya pelajar UIA dan datang ke stadium ini bersama rombongan.Insan seterusnya yang ana kenali ialah 'Afi daripada Cambodia,insan yang suka tersenyum.Muka Melayu tapi bila cakap ngan dia tiba2 keluar bahasa arab.Ana(tukar style-lah) tengah pegang banner ngan Abdul Rahman(shbt SMIK) pastu dia datang dan kami mula berkenalan.Dia minta no. nset ana tapi dengan sedihmya ana jawab..."ana xde telefon(setelah diterjemahkan)".

"Nta debor ke?",tanye seorang sahabat sewaktu ana ingin bertanya kepada Muhammad.Soalan ini diajukan kerana asing bagi masyarakat kita untuk saling bertaaruf sesama ahli komuniti.Ana banyak terdorong untuk memberanikan diri bertegur sapa dengan masyarakat,yang dikenali mahupun tidak setelah membaca buku Bagaimana menyentuh hati karangan Abbas As-Siisi yang sentiasa cuba melebarkan jurang ukhuwwah demi kemaslahatan Dakwah.Pasni kene pakat baca buku ini dan cuba terjemahkannya dalam kehidupan,Insya-ALLAH.Ingatlah selalu bahawa kekuatan kedua ummah adalah pada ukhuwwah(Dr. Ali Abdul Halim Mahmud) dan ukhuwwah is like umbrella...you can share it with others.

2. "Bangkit segera wahai pemuda jangan dilalaikan oleh buai dunia",petikan nasyid Cita Pemuda daripada Shoutul Harakah,antara nasyid yang kami laungkan bersama pada malam tadi.Apa yang penting perlu dihighlightkan di sini ialah semangat semata-mata tidak cukup untuk beramal tetapi haruslah didahului oleh kesedaran yang jelas.Bila difikirkan dan direnungkan,ana malu sendiri pabila ana mampu meloncat-loncat sewaktu nasyid,lonjakan semangat tetapi masih lemah dalam amalan dan sumbangan untuk Islam.Perkara ini haruslah direnung oleh diri kita semua dan harus disusuli oleh langkah pelaksanaan yang tersusun daripada kita.

Ana juga belajar bahawa kita harus menjadi putra putri akhirat.Matlamat kita hanyalah Wajhullahi jalla sya'nuhu dalam perjuangan ini dan kita semua berharap agar Islam akan tegak semula di atas muka bumi ini.Persoalan mengapa Gaza dikepung hanya kan dijawab oleh pernyataan bahawa Israel takutkan kelahiran MUJAHID MUJAHIDAH acuan Islam sebenar yang tertumpu tarbiyah mereka di wilayah ini.Oleh itu,kita hendaklah meyakini bahawa Islam hanya kan tegak semula dengan kewujudan Generasi Pewaris Islam dan kita sentiasa berharap bahawa generasi itu adalah GENERASI KITA.Aapabila hal ini berlaku,Insya-ALLAH bendera Palestin akan berkibar semula di tangan kita dan kita dapat bersama-sama semula sujud di masjidil Aqsa.Ameen.

Kumpulan ShouHar

Al-Aqsa sudah lama menyeru,
Menantikan kelahiran Umar,
Menunggu kemarran Salahuddin,
untuk dibebaskan dan dimuliakan,
atas nama ALLAH,
Bangkit saudara saudariku,
kita penuhi panggilan itu,
dengan iman yang mendalam,
bersama prakarsa pragmatik,
diiringi jihad yang berterusan,
bersumber harapan pemberi kekuatan,
bendera PALESTIN akan kita genggam semula.
ALLAHU AKBAR!!!


Hadiah pemergian

Bismillahirrahmanirrahim,

Dendam HOLOCOUST

Serak tangisan kedengaran lagi

Dari bumi dijanjikan keberkatan

Diinjak –injak keturunan KERA DAN KHINZIR

Meratah daging dan darah

saudara seperjuangan.

Kita terleka

Disembelih pedang kelalaian

Cambahan benih hedonisme dan materialistik

Biasan WAHN

Cinta dunia dan Takut mati

Inilah HOLOCOUST kita

Akidah kita tergugat

Pendirian kita luntur

Semangat kita jauh memesong

Pemikiran kita terus terencat

Diracuni dendam kesumat zionis.


Bangkit saudara bangkitlah

Tiada cita-cita semulia syahid

Tiada yang lebih benar melainkan

Kau sentiasa mengharap

ISLAM KAN TEGAK DI DUNIA INI!!

Paculah langkahmu dan terus melaju

Iringan bayangan Al-QUR’AN dan AS-SUNNAH

Berangkat dan takkan pernah berhenti

Hingga terlaksana cita,

Atau SYAHID datang menjemput.

NUKILAN

pejuang fitrah

Assalamualaikum

Catatan akhir dari hamba,

Moga ALLAH menerima segala coretan hamba di dalam blog ini.Doakan hamba sentiasa thabat di atas Jalan Tarbiyyah dan Da'wah ini menunaikan kewajipan ana di SMAKL.Buat puisi di atas,hamba kepinginkan komen-komen dan pandangan bermanfaat dari pembaca sekalian.Khusus buat kakanda Saeed,tegurlah kesalahan adinda dalam puisi di atas....semoga adinda sentiasa mendapat kebaikan daripada ALLAH melalui teguran kakanda.

Nantikan hembusan Ruhul Aqsa Ruhuna ke-2 daripada SMAKL....

Jangan lupa,doakan hamba dalam perjungan yang panjang ini...

Bertemu lagi dalam coretan akan datang.Wassalam.

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

p/s : Makluman awal kepada semua pembaca,penulis memilih untuk menggunakan bahasa dalam sebagai perantara penulisan di dalam coretan seterusnya untuk sentiasa meningkatkan inkuiri pembaca mengenai bahasa ibunda tanpa mengabaikan bahasa kita (bahasa ARAB).Semoga amal ini tidak terpesong daripada matlamat asal iaitu untuk memelihara kemaslahatan Tarbiyyah dan Da'wah.Ameen



Category: 2 comments

sering terLUPA dan sentiasa terLAMBAT...

Coretan ini lebih suka kugelarkan sebagai kalungan penghargaan dari seorang adinda kepada kakanda yang sentiasa diingati dan disayangi kerana ALLAH......

Sehingga detik ini sudah masuk seminggu seluruh alam buana menjadi saksi ulangtahun kelahiran kakanda,SAEED ZUBEIR ZAHARI....Insan yng banyak mendorong penulis untuk sentiasa maju ke hadapan dan be the best.Dilahirkan pada pukul _ _ _ _ (ummi gagal memberikan jawapan) di Kampung Padang Midin.Anak keempat daripada keluarga ini merupakan seorang yang bertanggungjawab di samping sikapnya yang sentiasa bersederhana dalam banyak keadaan.


Kakanda....Saeed Zubeir

Antara perkara yang begitu terkesan di hati tentang adinda tentang kakanda ialah sikap kakanda yang tidak mementingkan diri dan begitu mengutamakan sahabat dalam apa jua keadaan.Adinda kadang-kadang mengagumi keprihatinan adinda terhadap orang lain.Inilah ukhuwwah sebenar.Syabas,kakanda telah berjaya mencapi darjat salmatus-sadri ,peringkat tertinggi dalam ukhuwah.Semoga perkara ini sentiasa menjadi qudwah kepada adinda dalam kehidupan mahupun sahabat -sahabat sekalian yang lain.

Satu perkara yang tidak dapat adinda tandingi kakanda ialah kesungguhan kakanda dalm pelajaran dan kerajinan kakanda dalam menyelesaikan sesuatu tugasan.Buku-buku kakanda masih lagi adinda simpan untuk menjadi rujukan dan pemacu semangat agar sentiasa mencontohi kakanda.Adinda percaya kejayaan sebenar bukanlah terletak pada hasil tetapi pada usaha yang berterusan serta tawakkal yang tinggi kepada ALLAH.Semoga ALLAH sentiasa menerima amal kakanda dan menempatkan kakanda di bawah naungan rahmat-NYA.

Dari sudut kreativiti,adinda masih bertatih-tatih mengikut jejak langkah kakanda.Dari sudut colouring,adinda angkat bendera putih awal-awal lagi tapi adinda akan terus mencuba dalam bidang penulisan agar kita mampu mencoret sesuatu dalam catatm kebangkitan ISLAM.
Jazakallahu khairan kathira kepada kakanda kerana membimbing adinda dalam bidang ini.Doakan agar adinda terus thabat dia atas matlamat yang sebenar dalam bidang penulisan.
Sungguh,adinda amat bersyukur kepada ALLAH kerana dikurniakan kekanda dalam hidup adinda.Tika hati adinda dirusuhi kelemahan mahupun futhur,azimat kakanda terus menyegarkan hati yang penat bahkan terus memacu semangat adinda agar terus membara.Bahkan setiap pesanan kakanda takkan adinda lupakan.Jutaan maaf adinda pohon kerana terlambat mengwish SELAMAT HARI LAHIR.Adinda terlupa dan hanya ingat apabila saudara ANAS ASYRAF memberitahu.Sorry,sorry,sorry and always sorry.


Kakanda,
Jangan pernah putus dengan ALLAH,
DIA-lah sumber kekuatan penolong orang-orang beriman,
Jangan pernuh tangguh berselawat,
Moga-moga kita dinobatkan sebagi Ikhwan-NYA di firdausi,
Jangan lupa doakan ABI & UMMI,
kerana doa anak soleh itu penerus amalan,
Jangan lupa doakan SMAKL,
agar terus berdiri menjaga maslahat Tarbiyyah dan Dakwah,
Jangan lupa saudara kandungmu,
Doakan mereka sesntiasa konsisten dalm amal Islami,
Jangan lupa doakan sahabat-sahabatmu,
Merekalah peneguhmu ketika saat kesukaran,

Jangan lupa apa yang perlu diingati,
Ketahuilah,
kakanda sentiasa berada di dalam kalam doaku.

Gambatte kudasai
-sekian-

p/s:coretan ini ditulis ketika ummi tgh gosok baju.
Category: 1 comments

The Missing PART....

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Alhamdulillah, akhirnya ana diberi kesempatan untuk menulis kembali dalam "halaqah blog" ini setelah lama kita tak bersua dalam erti kata tulisan maya.

Selawat dan salam ana sentiasa lafazkan kepada INSAN MULIA KECINTAAN kita,Nabi Muhammad s.a.w yang menjadi mastermind Tarbiyyah dan Dakwah sehingga akhirnya kita terpilih menyertai gerabak Nabi s.a.w melalui doa baginda "Ummati...Ummati...Ummati"


Kali ini,ana ingin berkongsi dengan antum semua latar belakang penubuhan "halaqah blog" ini.Tujuannya adalah sentiasa mengingati matlamat pembikinan blog dalam menjamin maslahat Tarbiyyah dan Dakwah...bukan sekadar untuk mengikut jejak langkah orang lain mahupun untuk mencari kemasyhuran...dan perkara ini perlu untuk ana kongsikan kerana ana amat perlukan antum untuk membantu ana dalam perjuangan ini bahkan mungkin antumlah yang akan menasihati ana sekiranya ana tersasar daripada matlamat ini.

Dan setip detik ana sesali kerana tak berkongsi perkara ini dengan antum lebih awal

Pertama,keinginan untuk membikin blog ini adalah untuk melatih diri dalam bidang penulisan,saranan suatu majalah yang diminati,TUNAS CIPTA dengan motonya yang bermakna "menulis menajamkan minda" sekaligus menambah minat ana pada bahasa sehingga sesuai diistilahkan dalam bahasa Inggeris sebagai 'enthusiast'.Selain itu juga,perasaan ingin menulis ini didorong oleh minat kakanda yang disayangi,SAEED ZUBEIR(kebanyakan orang salah eja nama dia) yang sentiasa menulis mendorong semangat remaja ini untuk mencuba juga.

Seterusnya,dengan bantuan kakanda juga ana mencipta blog ini pada bulan Ramadhan 1430H(moga diberkati).Nama dicipta pejuang fitrah,inspirasi ayat ALLAH yang menyifatkan DEENUL ISLAM sebagai agama fitrah.Maka telah termaktub dalam Dustur kita bahawa tanggungjawab menegakkan DEEN ini telah menjadi bebanan kita.Kita harus mengembalikan ummah dan MANUSIA seluruhnya kepada FITRAH kita.Maka oleh itu,ana percaya setiap hati yang mengetahui hakikat ini pasti akan menggelarkan mereka dengan julukan "PEJUANG FITRAH" jua.

Ana juga telah memilih 'Mencari hakikat Ubudiyyah' sebagai tajuk blog ini kerana hati ini amat perlukan KeIKHLASan dalam ubudiyyahnya kepada ALLAH.Ikhlas merupakan puncak amal,takkan diterima amalan seseorang melainkan dengan keikhlasan.Perkara inilah yang kebanyakan daripada kita mencarinya dan tanpa kita sedari kita mungkin kehilangannya.Bahkan,diri ini mengaku kadang-kadang tercabut keikhlasan dari hati dalam menjalankan tugasan mahupun amal.Namun begitu,ana bahkan kita semua tidak boleh berhenti daripada beramal akan tetapi haruslah sentiasa berusaha agar diberi kesucian hati oleh ALLAh untuk terus thabat dalam perjuangan.Insya- ALLAH.

Fitrah,apabila dilanggari pasti menimbulkan bencana.Maka,kita semua harus sentiasa menyoroti fitrah kita dan sedaya upaya cuba menegakkannya dalam diri,keluarga dan seterusnya masyarakat.Kita harus sentiasa mengingat fitrah kita melalui kaca mata keimanan dan ilmu yang HAQ kurniaan ALLAH ataupun terlupa asal kejadian...padah ketika kembara ataupun kemenangan atas setiap langkah.

Akhir pertemuan kali ini,terimalah salam perjuangan daripada ana(thumbs up) semoga kita bertemu lain kali dalam catatan seterusnya.Wassalam

p/s:Ana amat berharap kita semua dapat memahami perkara ini dengan pemahaman yang jelas agar keberlangsungan "halaqah blog" ini menjadi suatu catatan amal mulia di sisi ALLAH.ameen.Pesanan ana kepada semua hati yang ingin menubuhkan blog harus sentisa memeriksa nawaitu mereka agar tulisan mereka menjadi bermakna kepada kemaslahatan Tarbiyyah dan Da'wah.

Category: 1 comments