Coretan Pertama : Apa 'effect' kalau tidak menulis?

Alhamdulillah Rabbil 'Alamin, wassolatu wassalamu 'ala Muhammad wa 'ala Alihi wa Sahbihi Ajma'in,

Ana menulis dengan penuh rasa malu kerana banyaknya kekurangan dan kelemahan diri di hadapan Rabbul Jalil, serta banyaknya penympangan ritma kehidupan dari melodi Sunnah Muhammad SAW yang akan cuba ana tebus melalui pena maya ini. Insya-ALLAH.

Apa khabar warga halaqah blog ini? Semoga sentiasa dinaungi Rahmat ALLAH yang melimpah ruah hingga ke saat ini. Sudah lama ana tak melakar aksara di laman ini sehingga sudah lupa rasanya keghairahan menulis dan ber "sharing".

Alhamdulillah ala kulli hal, yang memberi ana kekuatan untuk terus menulis pada saat ini untuk berkongsi rasa hati dan kesedaran kepada semua ahli "halaqah blog" ini untuk sama-sama kita menyemai benih Islam dan mencabut akar Jahiliyyah dari hati kita semata-mata untuk mencari keredhaan ALLAH jalla sya'nuhu.

Entri kali ini ana nukilkan buat semua pembaca untuk menyemai semangat berkongsi sesama kita sesuai dengan kemampuan berkongsi. Ketahuilah, bahawa ALLAH telah berfirman dalam Surah Al-'Asr : (( ...yang berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran)) yang menjadi asas syariat berkongsi kesedaran sesama insani. Bahkan, tidak perlu menjadi "PERFECT" untuk berkongsi pengetahuan. Bukankah Rasul pernah bersabda : ((Sampaikanlah daripadaku walaupun satu ayat...))??? Berkongsi adalah semangat untuk memberi kebaikan orang lain umpama orang yang memberi madu, manis dan menyihatkan. Namun pengertian terbaik tentang berkongsi tersirat dalam kalimah DAKWAH.


Erti hidup pada memberi (motto Ustaz Hasrizal Abdul Jamil)

Ana menyesali waktu-waktu yang ana bazirkan sementara ana boleh manfaatkan dengan mengisi halaqah kita dengan nasihat-nasihat kebenaran dan kebaikan. Ana bersyukur kerana ALLAH mengizinkan an menghadiri 'Bengkel Penulisan HaluanSISWA' yang memberi suntikan baru (injection of passsion) untuk ana kembali menulis. Namun, ana kembali bukan sekadar untuk memenuhkan masa melainkan untuk memnfaatkan kelebihan dan potensi 'MENULIS' yang ALLAH kurniakan untuk menyebarkan KEBAIKAN ke seluruh buana.

Putrapurabuana has returned!


Rise again after falling!!

Ana kembali menulis untuk meningkatkan kefahaman ana tentang ISLAM (Wa'yu Islami) dengan berkongsi kefahaman yang diperolehi melalui pembacaan dan proses Tarbiyyah.
Ana menulis untuk mendorong diri ana mengamalkan apa yang dikongsikan agar ana terhindar dari golongan ((KEMURKAAN yang BESAR dari ALLAH atas apa yan mereka perkatakan tapi tidak perbuat)).
Ana menulis untuk memastikan ilmu ana sentiasa bertambah dari hari ke hari kerana ((Orang yang tidak mempunyai apa-apa tidak mampu memberi)).
Ana menulis untuk menghulur tangan dalam membangun menara MEDIA ISLAMI.

Inilah sebabnya kenapa ana menulis.

Tulisan kali ini ana lebih terfokus kepada diri ana. Ana tahu yang ana boleh jadi lebih baik dari semalam. Harapan ana semoga tulisan ana akan menjadi saksi kebaikan pada Hari Perhimpunan nanti. Ana sentiasa mengharapkan doa daripada ahli halaqah sekalian. Moga mendapat manfaat.

Putra : Apa efek kalau sayer tak menulis? (dalam nada agak memerli)
Kak Ha : Apakah adik REDHA kalau Media JAHILIYYAH menguasai masyarakat?
Putra : ......(terkedu)

Ya ALLAH, ampunkanlah dosa-dosaku yang banyak ini,
Ya ALLAH, terimalah kebaikanku yang sedikit ini,
Ya ALLAH, jadikanlah diriku dalm kalanga hamba-MU yang diredhai.

Sekian, wassalam.

p/s : Coretan introspeksi adalah luahan hati penulis yag ingin dikongsikan bersama pembaca. Ini adalah coretan pertama untuk segmen ini. Pengalaman dalam segmen ini adalah pengalaman kembara ke laman hati yang mengharapkan tersemainya benih-benih Islam yang didasari kefahaman dan keinginan yang kuat. Segala anekdot dan dialog di dalam segmen ini adalah peristiwa benar yang berlaku kepada penulis dalam kembaranya itu.