Hammasah Qur'aniyyah:Cara baru memotivasi diri!!

Assalamualaikum wbt,

Ana mulakan entri kali ini dengan menyebut firman ALLAH swt :((Dan sesungguhnya Kami telah memudahkan Al-Qur'an maka adakah orang yang memikirkannya?))*

Begitulah pertanyaan yang ALLAH jalla sya'nuhu lontarkan kepada ummat manusia tentang sikap yang seharusnya ada kepada KITAB ini.Sememangnya ayat ALLAH swt ini benar dan sepadan dengan realiti hari ini yang dapat kita perhatikan sekeliling kita.Apabila Al-Qur'an ditinggalkan,hilanglah pedoman,nyatalah keresahan dalam kehidupan umat kemanusiaan.

Namun,kali ini juga ana ingin mengajak sidang pembaca sekalian memandang Al-Qur'an dari sudut alat motivasi sekaligus pemacu "hammasah" dalam kehidupan.'Post' kali ini ana petik daripada daripada buku 'Total Motivation' karya Satria Hadi Lubis,seorang konsultan daripada Indonesia.Sekilas daripada tulisan beliau,buku beliau mengandungi dua bahagian.Bahagian pertama mendedahkan kepada pembaca sekalian tentang "Apa itu motivasi",manakala bahagian kedua memuatkan 99 kiat(cara dalam bahasa Indon) untuk menaikkan motivasi.Apa yang menariknya,beliau membahagikan kesemua cara kepada 4 aspek yakni meningkatkan motivasi melalui Ruhi,Aqli,Fizik, dan Emosi.


Kulit buku Total Motivation

Sudah pasti membaca Al-Qur'an terletak di bahagian meningkatkan motivasi secara Ruhi."...membaca Al-Qur'an akan meningkatkan motivasi seseorang,sesuai dengan tarafnya sebagai Wahyu daripada pemilik alam,sama ada pembacanya memahami Bahasa Arab atau tdak...".Inilah keajaiban Al-Qur'an.Ana telah pun ber'eksperimen' dengan diri ini.Silakan sedang pembaca mencuba!!

Dengan penuh kerinduan kepada masa-masa dahulu,ingin ana kongsikan kepada pembaca sekalian pengalaman ketika ana mula mengenali hakikat Iman.Kisahnya hanya bermula apabila ada seorang teman berkongsi cara membaca Al-Qur'an yang baru kepada ana."Kakak ana masuk kali ini 3X doh baca Al-Qur'an sekali ngan maksud dier"(thanks Faiz Kamaruddin).Mulai saat itu,ana mencuba cara ini.Ana lakukannya dengan membaca satu ayat Al-Qur'an diselangi maksudnya.Setiap satunya ana teliti.Maha Suci ALLAH,dari saat itulah ana mengenal perasaan ber'Iman'.Saat itu juga,ana memahami kata-kata Saidina Uthman kepada kita:((Kalau benar hatimu suci,nescaya engkau tidak akan puas terhadap Al-Qur'an)).Nah,perhatikanlah hati kita.

Sesungguhnya semangat itu lahir dari cita yang luhur.Manakala cita yang luhur pula hanya hadir daripada hati yang suci.Hati yang suci pula terhasil daripada tarbiyyah Qur'aniyyah!Begitulah berkatnya Kitab ini,lambang kasih ALLAH kepada manusia kerana sifat Pemurah yang sedia ada pada ALLAH-lah yang membuat-NYA tidak sanggup melihat kita memakai pakaian hawa nafsu dan kebinatangan.Secara peribadi,kesan mengamalkan cara bacaan ini,kekuatan hafalan ana tertingkat dan penguasaan Bahasa Arab ana semakin baik.Alhamdulillah!!!


Tarbiyyah Qur'aniyyah akan meningkatkan Hammasah!!

Bukti yang ada pada ana hanyalah secebis daripada jutaan hikmah yang ALLAH telah berikan kepada manusia lain melalui Al-Qur'an.Ana hanya ingin berkongsi dengan pembaca sekalian.Maka,mulai saat ini sama-samalah berjanji dengan diri kita agar tidak pernah meninggalkan bacaan Al-Qur'an walau satu ayat sehari.

Selamat Mencuba,
Interaksi Aktif dengan Al-Qur'an kunci Hidayah dan Thabat!!
Category: 3 comments

Catatan Urusetia Modul

Assalamualaikum wbt,
Kali ini suka ana mulakan catatan tentang pengalaman memegang jawatan qiadah dalam sebarang program Dakwah dan Tarbiyah ini.Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua pembaca,ahli "halaqah blog" ini sekalian.

Ana mulakan entri kali ini dengan pesanan syuyukh ana di SMA Kg Laut,PC Zahari:((Bukanlah adab dalam Islam menolak jawatan yang diberikan oleh syura...))Sebenarnya,kata-kata inilah yang telah mendorong ana untuk menerima sebarang mas'uliyyah yang ingin dipikulkan ke atas bahu ana seterusnya mengumpul sebanyak mungkin pahala daripada ALLAH jalla sya'nuhu.

Kem Tunas HALUAN 2011

Banner TUNAS

Tanggal 15-17 Mac,ALLAH telah menggalaskan pada bahu ana mas'uliyyah sebagai Mas'ul Urusetia Modul program ini.Banyak kenangan dan ibrah yang ALLAH iringkan bersama ana sehingga selesainya 'post-morterm' akhir pada 24 Mac baru-baru ini.Sesungguhnya,tugas seorang urusetia modul bukanlah tugas yang mudah,bahkan urusetia ini antara dua jawatan kuasa yang penting,Urusetia makanan seterusnya Modul."Kalau dua-dua ni x kemas,rosaklah program."

Tugas ini bermula dengan menyusun modul untuk slot yang telah disediakan.Kali ini,slot yang harus diisi oleh jawatan kuasa ana adalah Slot Ice-Breaking dan Team Building,Kembara Si Cilik(Explorace+Tauqi' venture),Refleksi,dan Riadhah.Alhamdulillah,kerja pertama iaitu mencari dan menyusun modul telah dimudahkan oleh Mesyuarat.Dengan cadangan yang dikongsikan oleh seluruh Ahli Jawatan Kuasa,selesailah tugas ana.Apa yang penting harus difahami oleh semua pembaca adalah urusetia modul harus menyusun modul sesuai dengan tahap peserta.Kanak-kanak dengan banyaknya permainan,remaja dengan cabaran minda dan fizikal,dewasa dengan kerjasama,warga emas dengan kelembutan dan ketelitian yang ada pada mereka.Oleh itu,seorang urusetia modul harus memahami objektif dan matlamat program sebelum menyusun modul.Selain itu,pemegang jawatan ini harus mempunyai banyak 'game' dalam kotak mindanya.

Seterusnya tugas ana adalah meng'conduct' acara TOT(Training of Trainers).Program ini amat penting untuk memastikan perjalanan program berjalan sebagaimana yang dirancang.Seterusnya,untuk memastikan para fasilitator dan Kem Komanden khususnya memahami objektif dan pelaksanaan setiap modul.Jadi,apa yang diperlukan dalam acara ini adalah keseriusan dan kesungguhan dalam menjalankan latihan.Malang bagi ana,Hantu Kak Limah datang menyerang Kem Kom dan fasi,bergelak ketawalah kami mengulang dialog,"Ce citer...ce citer...,Kiter bakor je umah Kak Limah tu...sambil mengangkat tangan gaya Usop...Akibatnya,TOT tidaklah gagal tapi kurang lancar.Ana rasa pembaca sekalian boleh agak bagaimana kesudahan tanggungjawab jawatan kuasa ana.

Tiada Tanzim tanpa KEPATUHAN!!

Antara tugas lain yang sering dilupakan oleh Urusetia Modul adalah memastikan para fasilitator mampu membantu Kem Kom melaksanakan sebarang modul yang disusun.Apa yang penting,penghayatan terhadap matlamat modul dan pemindahan nilai daripada fasi kepada para peserta melalui Qudwah yang ditonjolkan kepada peserta.Di sinilah kunci kejayaan Dakwah dan Tarbiyyah yang ingin kitra jalankan dalam mana-mana program.Inilah tugas terpenting urusetia Modul.Oleh yang demikian,ana mengajak pembaca sekalian marilah kita bersama membaiki hati dalam memegang mas'uliyyah agar ALLAH mengiringi setiap langkah kita.

Pengalaman di Kem Tunas HALUAN adalah tajribah yang tidak akanana lupakan.Pengalaman ini ana ingin kongsikan agar sahabat sahibah sidang pembaca sekalian lebih terpandu dalam memikul tanggungjawab ini.Manalah tau lepas ni ada yang akan menjadi Urusetia Modul.Semoga catatan ini bermanfaat.Ana dahulukan ucapan Bittaufiq wa Najah dalam menyelesaikan tugasan Antum.Ameen.

Izinkan ana menghabiskan ayat PC Zahari di atas:((...Bagi orang yang menerima mas'uliyyah ALLAH telah menyiapkan baginya pintu-pintu pahala yang luas untuknya.Memang benar kalau tidak melaksanakan tanggungjawab yang dipikul,nanti akan disoal oleh ALLAH.Akan tetapi sedikit sahaja yang berfikir ttg pahala yang ALLAH sediakan bagi orang yang sanggup memikul tanggungjawab.))

Selamat memikul tanggungjawab dan Selamat Maju Jaya!!

Ummat yang Gagal!!!

Assalamualaikum wbt,
Alhamdulillah sekali lagi ana diberi peluang oleh ALLAH untuk melakar aksara di papan kekunci ini setelah ber'minggu-minggu' tidak mengarang.

Kali ini ana ingin membuat pembaharuan kepada blog ana,tetapi biarlah perubahan itu dinilai oleh pembaca dan 'follower' sekalian.Satu lagi perubahan itu hanya ketara pada bentuk bahan penulisan yang ana cuba rakamkan dalm blog ana.Ana amat mengharapkan DOA daripada sekalian pembaca yang sudi meluangkan masa di hadapan blog sepi ini.

Ana mulakan entri ana kali ini dengan kata-kata Khalifah Islam yang ke-2,Saidina Umar Al-Khattab : ((Akan berkurang Islam itu sejengkal demi sejengkal sehingga pabila lahirnya generasi baru,mereka membesar dalam mengenal ISLAM tetapi tidak lagi mengenal JAHILIYYAH.))

'Post' kali ini ana nukilkan sempena Lawatan Qiadah Haluan ke Terengganu baru-baru ini.Ana ingin rakamkan semula kuliah yang disampaikan oleh Ust Darus Senawi Ali di dua buah masjid di sekitar Kuala Terengganu.Kedua-duanya berkisar tentang realiti ummat yang berlaku di sekeliling kita setiap hari.Kali ini juga merupakan tulisan pertama ana dalam kategori Ummati.

Masjid Kuala Bekah

Pertamanya Ust memulakan kuliahnya dengan mengungkap firman ALLAH yang bermaksud : (( Apakah kamu mengira kamu akan dibiarkan menyebut kami beriman sedangkan kamu belum diuji?))*.Setelah itu,beliau memberitahu bahawa setiap sesuatu yang berlaku di dunia adalah ujian.Maka,ada pihak yang akan berjaya mengharungi ujian tersebut.Tetapi,amat menyedihkan kita apabila mengenangkan bahawa ummat ini telah kembali ke fasa kegagalan setelah berlalunya era Empayar Islam yang lampau.

Ust turut mengingatkan bahawa kegagalan ummat ini berpunca daripada jauhnya masyarakat Islam daripada ISLAM sebagai cara hidup dan beliau mengukuhkan lagi hujah beliau dengan memetik hadis Nabi SAW : ((Sesungguhnya perkara yang paling aku takuti ke atas kamu adalah terbukanya pintu dunia kepada kamu)).ABUABU AD-DUNYA telah menyebarkan virus Wahn(Cinta dunia dan takut mati) ke dalam tubuh ummat dan melenyapkan kekuatan yang pernah ada pada mereka.Beliau juga turut mengaitkan kegagalan ummat dengan kegagalan pendidikan sehingga akhirnya terbukti sabda Nabi SAW : ((...dan ibu-ibu melahirkan Tuannya...)).Beginilah parahnya kegagalan ummat.

Ust menyimpulkan kuliah pada pagi itu dengan menyebut solusi kegagalan ini adalah dengan kembali semula kepada ISLAM!!


Deen yang sentiasa menjadi kebanggaan!!

Masjid Batu Burok

Sebelum kuliah dimulakan,ana dan sahabat-sahabat lain telah diberitahu bahawa Ust akan menceritakan tentang Syi'ah di masjid tersebut.Bersemangatlah kami...tapi Ust tetap memberi input baru melalui tajuk "Peduli Ummat".

Di sini ana cuma salin semula catatan ana buat tatapan antum:
  1. Islam adalah kunci kebebasan ummat kemanusiaan seluruhnya,kelahiran Rasulullah SAW ke dunia sebenarnya adalah kelahiran Bapa Kemerdekaan yang sebenar.Manusia xkan pernah merdeka tanpa ISLAM.
  2. Ummat ari ni x m'ingati lg matlamat kewujudannya.Maka mereka kekal dalam taraf makhluq yang bersikap haiwani semata-mata dan tidak mampu lg mendaki ke taraf abdi.
  3. Sejarah Ummat Islam yang trus dijajah hari demi sehari.(Ust menggunakan pendekatan cerita)*
  4. Asy-Syahid Syed Quthb pernah berkata : ((Apabila kamu tidak memerdekakan diri kamu dari sebarang Thaghut dengan menundukkan diri sepenuhya kepada ISLAM,maka kami hanya keluar daripada mulut naga ke mulut harimau-keadaan ble ummat cube utk gne sistem yang bkn Islam))
  5. Ummat hari ini juga perlu mengenal Jahiliyyah kerana Jahiliyyah telah menukar cara serangannya yang lbh bbntk saraf.
  6. Islam pada hari ini diserahkan urusanny kepada yang bukan HAQ...Amerika dan Eropah telah menggari leher pimpinan negara yang mengaku negara ISLAM.
Inilah sebahagian daripada catatan yang ana cuba kongsikan pada kali ini.Harapan ana semoga tulisan ana mampu meningkatkan ruh Dakwah yang ada dalam jiwa kita.Ummat yang gagal ini tampaknya dihuni oleh kita.Maka,tidak dapat tidak kita beranggungjawab untuk memperbetulkan keadaan ini?

Di manakah posisi kita untuk mengembalikan maruah UMMAT???

*Surah Al-'Ankabut:2
*Akan disambung dan diceritakan dalam siri akan datang.
Category: 1 comments