LAPORAN eidul adha.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
seronok rasenyer krn masih dberi peluang menulis catatan dalm blog ini,
so...ana mestilah sentisa bersyukur kepada ALLAH yang menciptkan ruang utk ana menulis,
serta x lupa selawat serta salam kpd RASULULLAH s.aw yang mnunjukkan diri ini jalan yang benar,agar penulisan ini tak lari daripada objektif utama kejadian...



Sblm ana mengupas lebih lanjut ttg gambar di atas,izinkan ana mintk maap bbanyak krn sudah lama laman ini tak terisi dgn tazkirah srta pkongsian bermanfaat.Almaklumlah empunya diri ini tinggal di SBP DnT.Cbuk memnjang...jd kurang masanye.Ya ALLAH,bantulah hamba-MU memenuhi keinginannya berkongsi dengan orang lain...ameen.

Jadi,mcm mane kiter semua maklum tarikh ini adalh waktu untuk sumer muslimin muslimat menyambut perayaan EIDUL ADHA;memperingati pengorbanan Nabi Ibrahim a.s yang diperintahkan ALLAh menyembelih anak kesyangannya Nabi Ismail a.s.

"Wahai ayahku,perbuatlah sebagaimana apa yang ALLAH kehendaki,engkau akan mendapati aku dalam kalangan orang yang redha"

Begitulah jawapan hebat drpd pemuda penuh keimanan kepada Allah,sanggup mntaati ALLAH walaupun diri terkorban nyawa.Itulah semngat yang hilang dari jiwa pemuda muslim hari ini.

p/s:same2 ambil pengajaran...

"....adakah mengeluh semata-mata memadai ..."{Yusuf Al-Qardhawi}

Kata2 ini telah dipetik oleh khatib sewaktu ana menunaikan solat sunat hari rayer di S.M.A Kampung Laut.Khutbah yang disampaikan oleh Al-Fadhil Ust. Rajaie Shaari cukup menyentuh hati2 yg ingin mengambil manfaat. Ust telah menyebut beberapa keistimewaan eid ini :

1.Eid ini adalah hadiah daripada Allah selepas haji,manakala eidulfitri pula untuk puasa Ramadhan.{AlHajj:27}

2.Eid ini juga sebagai wasilah umat Islam mengukuhkan ukhuwwah selaku kekuatan kedua selepas kekuatan iman.Muslimin saling memberi daging yang dikorbankan untuk menghapuskan sengketa dan dengki yang wujud dalam diri.Bahkan pemberian tersebut juga adalah untuk berkongsi kegembiraan sesama yang kaya mahupun yang miskin menunjukkan keadilan Islam.

3.Eid ini juga menyerlahkan makna ubudiyyah yg sebenar melalui takbir yang dikumandangkan semenjak bermulanya hari ini. Hal ini menunjukkan tatacara kehidupan seorang muslim itu tidak akan pernah terpisah darpada ALLAH dalam apa jua keadaan di mana jua mereka berada.

Khatib juga sempat menyebut bhw eid ini patut menyedarkan umat Islam agar mereka prihatin akan umat yang tertindas di negara Islam yang lain spt Palestin,Afghanistan,Selatan Thailand dan sebagainya.Rasa ukhuwah yg ingin ddidik oleh ALLAH dalam sambutan ini patut dirasai oleh semua jiwa muslim,lebih2 lg yang mengaku mereka melalui proses DnT.

Ana sungguh terasa apabila khatib mengaitkan hal ini dengan perayaan ini.Tambahan pula apabila dipetik kata2 drpd mujaddid yng komited dlam usaha membangunkan islam sbgmana tertera di atas.Maka,tanggungjwb kiter dlm membangunkan manusia mmg cukup besar.
Khatib juga menyatakan bhw kunci jatuh naiknya tamadun Islam adlh rapat@tidak hubungan dengan ALLAH...tanpa melupakan persiapan fizikal yang rapi agar keseimbangan usaha berlaku.Insya-ALLAH,ana yakin kiter akan bersama meningkatkan diri kiter serta mempergiat usaha menyeru yang lain agar CITA-CITA kita tercapai.

p/s:sori,xde gambar...


Selanjutnya,penulis bergerak ke umah untuk sarapan...kan sunat mkn lps makan.Jd,menu hari ini adlh mee kari masakan ummi.{pon takde gambar}

Upacara korban ana sambut di umah tok di kg Beladau Selat,dengan lembu berjumlah 2 ekor.Tp,x sempat tgk lembu disembelih,tu pun dlm video kamera org lain.Tkpelah tapi ana rse 'sonok' krn mndapat pengalaman baru melapah daging memasak sup dan membasuh perut.


Utk orng yg kerje kat luar umah,tok wan ana sediakan pulut kelapa sebagai bekalan kot-kotla abis tenaga.Bes walaupun ana x makan...



Gambar ni pulak mase ana nak masak daging korban.Dah jadi adat keluarga ana belah trg memasak daging korban secara jamaie dan makan bersama.Tapi thn nie kurang terasa besnye coz Abg Saeed yg disayangi xde.

Lepas siap potong daging,ana bergerak ke bawah rumah untuk menu kedua,sup tulang.Daging td utk daging masak kunyit.Jadi pengalaman barunyer ana belajar cuci daging gune garam.Mak Teh ana kabo garam ni utk hilangkan hanyirnya shj,kiter basuh daging ni untk buang 'bendasing'
yang kot-kot ade dalam daging.Daging tu kenelah disalin airnya 3X."Bendasing tu mungkin xkan hilang sepenuhnyer tp akan hanyut dalm kuah sup".Jadi hati2 makan sup tulang,takut tertelan semut nanti.hihihi....

Pas jumaat,ana diberi tugasan lain pulak."Uruskan perut lembu",bersama Ayah Teh,Yin dan Abang Arif,kami selesaikan tugasan ni.Kebanyakan orang tak suka 'part' ni sbb kene berurusan dengan kawasan najis lembu diproses.Berbau tu tahn jerlah,nk jadi doktorkan.Bagi budak bio,peluang ni dpt kenlkan kiter ngan sistem penghadaman lembu yang terdiri daripada 4 perut;omasum,abomasum,rumen n reticulum.Juga bakteria yang ade dalm perut lembu.Ana nampak yang warna merah....

Lepas cuci tgn,allahumma bariklana fima razaqtana waqina 'azabannar...ana pun melahap menu yang telah siap beserta ulam timun.Sungguh menyelerakan!!Alhamdulillah...sementara menuggu ummi n abi hntr daging,ana menjenguk kepala ke luar.Tgk Abg Siddiq tgh cuci perut lembu bersama Tok Ngoh.Apalagi,hulurkan tangan ringankan bebanlah...mase ni lah rumput yang x terhadam dan najis lembu dibersihkan.Ana kene cucur air jer,Tok Ngoh yang tukang cuci...
Pastu,perut yang dicuci tadi akan direndam dalam air kapur untuk membuang lapisan kulit yang tidak dimakan.



Selesai operasi,kakak ana komen,"kenapa bau tibi macam tahi jer ni?".Barulah ana tahu,sedapnya kerabu perut yang kiter makan tu payah benor care mendapatkannyer.Harap eden tak tergugat selera makan perut lembu nanti.Insya-ALLAH.Tapi,lepas mandi,terus hilang baunyer...x risau pun.

Berita sedih buat pembaca,ana tak dapat hadiri upacara Korban kt SMAKL,Allah timpakan ana sakit kepala pagi ni....Isk3.Tapi yang ana tahu 6 ekor lembu berjaya ditumbangkan.Alhamdulillah.

Kesimpulannya,ternyata Eid ini memberi 1001 pengajaran yang dapat ana resapi ke dalam jiwa.Overall,NO PAIN,NO GAIN..setiap kemanisan yang ingain dicapai harus dibayar 1001 pengorbanan.Bagi pelajar...Kejayaan dalam peperiksaan hanya akan diperolehi sekiranya kite berusah keras dalam study.Bagi daie pula...Kejayaan membentuk diri dan menyeru orang lain hanya akan dicapai apabila kita sanggup mengorbankan diri di atas jalan ini...TAKBIR!!!

p/s:semoga ALLAH menerima semua amalan kiter dalm eid ini dan mengampuni sumer dosa kita.Insya-ALLAH...1 more thing,mungkin antum akan menjumpai ibrah yang lain dalm eid ini.Kongsikannya dan sedarlah bahawa segala ibrah hanya ditemui oleh orng yang ingin brfikir...