The Missing PART....

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Alhamdulillah, akhirnya ana diberi kesempatan untuk menulis kembali dalam "halaqah blog" ini setelah lama kita tak bersua dalam erti kata tulisan maya.

Selawat dan salam ana sentiasa lafazkan kepada INSAN MULIA KECINTAAN kita,Nabi Muhammad s.a.w yang menjadi mastermind Tarbiyyah dan Dakwah sehingga akhirnya kita terpilih menyertai gerabak Nabi s.a.w melalui doa baginda "Ummati...Ummati...Ummati"


Kali ini,ana ingin berkongsi dengan antum semua latar belakang penubuhan "halaqah blog" ini.Tujuannya adalah sentiasa mengingati matlamat pembikinan blog dalam menjamin maslahat Tarbiyyah dan Dakwah...bukan sekadar untuk mengikut jejak langkah orang lain mahupun untuk mencari kemasyhuran...dan perkara ini perlu untuk ana kongsikan kerana ana amat perlukan antum untuk membantu ana dalam perjuangan ini bahkan mungkin antumlah yang akan menasihati ana sekiranya ana tersasar daripada matlamat ini.

Dan setip detik ana sesali kerana tak berkongsi perkara ini dengan antum lebih awal

Pertama,keinginan untuk membikin blog ini adalah untuk melatih diri dalam bidang penulisan,saranan suatu majalah yang diminati,TUNAS CIPTA dengan motonya yang bermakna "menulis menajamkan minda" sekaligus menambah minat ana pada bahasa sehingga sesuai diistilahkan dalam bahasa Inggeris sebagai 'enthusiast'.Selain itu juga,perasaan ingin menulis ini didorong oleh minat kakanda yang disayangi,SAEED ZUBEIR(kebanyakan orang salah eja nama dia) yang sentiasa menulis mendorong semangat remaja ini untuk mencuba juga.

Seterusnya,dengan bantuan kakanda juga ana mencipta blog ini pada bulan Ramadhan 1430H(moga diberkati).Nama dicipta pejuang fitrah,inspirasi ayat ALLAH yang menyifatkan DEENUL ISLAM sebagai agama fitrah.Maka telah termaktub dalam Dustur kita bahawa tanggungjawab menegakkan DEEN ini telah menjadi bebanan kita.Kita harus mengembalikan ummah dan MANUSIA seluruhnya kepada FITRAH kita.Maka oleh itu,ana percaya setiap hati yang mengetahui hakikat ini pasti akan menggelarkan mereka dengan julukan "PEJUANG FITRAH" jua.

Ana juga telah memilih 'Mencari hakikat Ubudiyyah' sebagai tajuk blog ini kerana hati ini amat perlukan KeIKHLASan dalam ubudiyyahnya kepada ALLAH.Ikhlas merupakan puncak amal,takkan diterima amalan seseorang melainkan dengan keikhlasan.Perkara inilah yang kebanyakan daripada kita mencarinya dan tanpa kita sedari kita mungkin kehilangannya.Bahkan,diri ini mengaku kadang-kadang tercabut keikhlasan dari hati dalam menjalankan tugasan mahupun amal.Namun begitu,ana bahkan kita semua tidak boleh berhenti daripada beramal akan tetapi haruslah sentiasa berusaha agar diberi kesucian hati oleh ALLAh untuk terus thabat dalam perjuangan.Insya- ALLAH.

Fitrah,apabila dilanggari pasti menimbulkan bencana.Maka,kita semua harus sentiasa menyoroti fitrah kita dan sedaya upaya cuba menegakkannya dalam diri,keluarga dan seterusnya masyarakat.Kita harus sentiasa mengingat fitrah kita melalui kaca mata keimanan dan ilmu yang HAQ kurniaan ALLAH ataupun terlupa asal kejadian...padah ketika kembara ataupun kemenangan atas setiap langkah.

Akhir pertemuan kali ini,terimalah salam perjuangan daripada ana(thumbs up) semoga kita bertemu lain kali dalam catatan seterusnya.Wassalam

p/s:Ana amat berharap kita semua dapat memahami perkara ini dengan pemahaman yang jelas agar keberlangsungan "halaqah blog" ini menjadi suatu catatan amal mulia di sisi ALLAH.ameen.Pesanan ana kepada semua hati yang ingin menubuhkan blog harus sentisa memeriksa nawaitu mereka agar tulisan mereka menjadi bermakna kepada kemaslahatan Tarbiyyah dan Da'wah.

Category: 1 comments

1 comment:

saza s said...

seperti ku kenal jaket hitam itu....
jaga leklok ye brg abag saeed...nanti balik nak gune...hehe

dah besar rupanya adik abang saeed nih

Post a Comment