Berkat ilmuku di tangan mereka

Artikel kali ini penulis karyakan buat dua orang USTAZ Sekolah Menengah Agama Kampung Laut yang berpisah dengan kami sebagaimana tercatat di dalam suratan Takdir Ilahi.Mereka merupakan Ustaz Muhammad Syafiq bin Che’ Ani dan Ustaz Muhammad Fikri bin Muhd Nasri.Kedua –duanya telah bertugas sebagai warden dan kedua-duanya telah mengukir karya mereka dalam catatan sejarah SMAKL.

Kedua-dua ustaz ini telah memulakan perkenalan yang agak suram bersama penulis.Ustaz Syafiq yang penulis mula kenal pada akhir tahun 2008 ketika berjalan bersama ustaz Rajaie tidak senyum dan bercakap tetapi lebih menjadi pemerhati.Mungkin baru nak sesuaikan diri.Ustaz Fikri pula lain pula ragamnya,ustaz ini lebih mesra dan terbuka…senang kata,mudah bergaul dengan orang lain.Namun,kedua-duanya telah banyak menyedarkan penulis akan erti kehidupan.

Jikalau ingin memerihalkan kedua-dua ustaz muda ini,mereka merupakan ustaz yang berkaliber dalam bidang masing-masing.Ustaz syafiq dalam bidang Deeniah dan ustaz Fikri dalam bidang bahasa.Kedua-duanya juga telah memberi perspektif yang lebih luas kepada penulis dalam kedua-dua bidang ini dan meransang penulis untuk menjadi pemikir bukan sekadar penuntu sahaja.Ustaz Syafiq cukup disukai penulis dari sudut ketepatan istilah yang digunakan dalam setiap penerangannya manakala untaz Fikri dari sudut bimbingannya kepada penulis dari sudut kepimpinan dan sastera.Semoga ALLAH rahmati kedua-duanya.

Air mataku menitis lagi,
Setelah lama kolam itu mengering,
Melihat pemergian si penjaga mergastua,
Yang selama ini menjaga benih-benih,
Di kebun bangsa.
Kekeluan melingkari diri,
Bersama sebak menghasut,,
Tak mampu terluah kata-kata perpisahan,
Ataupun mantera kasih penghabisan,
Sekadar salam kuhulur,
Buat tanda pemergian.

Tuhan,
Kau iringilah kedua-duanya dengan berkat cintamu,
Kau berilah mereka peluang yang lebih cerah di dalam kehidupan,
Kurniakan kepada mereka kebun bangsa yang lebih subur,
Agar pohon-pohon Islam bakal berbuah semula,
Kau kuatkankanlah kudrat dan keringat mereka,
Kau lengkapkan roh dan akal mereka,
Dengan cahayamu yang takkan pernah padam,
Kau jadikanlah mereka orang sabar dan tabah,
Serta kasih akan manusia yang lain,
Serta sudi memaafkan pabila ia tersilap.

Duhai penjaga,
Benih ini mohon tidak dilupakan,
Dalam doa kudusmu,
Ku cukup bimbangi satu perkara daripada jutaan yang lain,
Tuhan tak redhai ilmu di dada,
Dan engkaulah penentu,
Berkat ilmuku.

Sekadar ini sahajalah coretan yang mampu penulis lakarkan dalam karya kali ini.Penulis hanya inginkan setiap pembaca menghargai guru mereka walau apa pun kesalahan mereka dan kekurangan mereka.Yang baik itu penulis kemabalikan semula kepada ALLAH dan segala kekurangan penulis ukirkan pada wajah penulis agar tidak diulangi lagi.Wallahua’lam.

p/s:Jangan lupa bagi perkembangan tentang diri ustaz kepada kami dan ana minta maaf atas segala kelemahan ana.Buat ustaz Fikri,ana sedih sangat sebab tak sempat bersalam dengan ustaz….
Category: 3 comments

3 comments:

mrs.M said...
This comment has been removed by the author.
syafiq said...

Assalamulaikum Solehuddeen Shatibi, ust sihat alhamdulillah berkat doa anak2 murid ust mcm enta. Enta dan shbt2 enta apa khabar? Jgn bersedih.... walau jarak yg memisahkan kita, hakikatnya antum semua dekat di hati ust. Hakikatnya, ust sentiasa mengikuti perkembangan yg berlaku pd antum sebaik saja ust melangkah kaki keluar dr smakl hari itu. Langkahan itu bukanlah bermakna langkahan ust yg terakhir ke smakl, tapi ust akan melangkah kembali ke sana utk bertemu dan bersua muka dgn semua anak-anak murid yg ust sgt kasihi...Kesedihan, keriangan dan sebagainya bersama-sama antum menjadi kenangan terindah dan azimat buat ust dlm menempuh hari-hari yg mendatang. Doakan ust dan shbt2 ust di mana jua kami berada, ust begitu juga senantiasa mendoakan antum moga diberi Hidayah yg mana dgn hidayahlah akan terzohir mana yg haq daripada yg batil...Salam sayang dr ust buat enta dan seluruh anak-anak murid ust(Putera & Puteri) d smakl.....

UST. MUHAMMAD SYAFIQ B CHE ANI B HASHIM

rajawalibiru said...

Salam dan selamat sejahtera pelajarku,

Moga Syatibi dalam rahmatNya. Ustaz tersentuh membaca entri di blog Syatibi. Awalnya, ustaz agak keberatan untuk menulis sedikit respon di sini. Kamu lebih tahu kan kenapa?.

Jangan risau, ustaz simpan kenangan kamu dan sahabat2 kamu lajnah asrama. Ustaz bangga ada underling yang paling mantap kerjasamanya sepanjang ustaz bergelar "leader". Ustaz sentiasa ingat kamu.

Puisi kamu itu dah cukup bagis. Pandai kamu gambarkannya dalam satu situasi dan dalam satu tema. Alhamdulillah, lepas ini xpayah hantar puisi kat ustaz dah untuk dibaiki. Hantar kat editor Bharian sahaja.

OK. Selamat maju jaya untuk kamu dan sahabat2 kamu. semoga Allah menunjukkan kepada kita yang benar itu tetap benar dan yang batil itu tetap batil.

Mohammad Fikri bin Mohammad Nasri.

Post a Comment