Hisab dan Perubahan

Assalamualaikum wbt,
Moga Redha ALLAH sentiasa mengiringi pembaca,
setiap saat dan setiap masa,
dan,
agar kasih sayang Rabb itu menjadi motivasi tarbawi,
untuk menjadi lebih baik dari semalam.

Ana mulakan entri ana kali ini dengan firman ALLAH swt dalam surah Ar-Ra'd ayat 11,bermaksud:((..sesungguhnya ALLAH tidak mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereke mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri..))

Kali ana ingin mengajak sidang pembaca sekalian untuk membicarakan tentang perubahan dalm hidup kita...sama ada disedar atau tidak.

Secara lumrahnya kita sememangnya mengalami perubahan.Lihat sahaja wajah dan jemari anda,bukankah dahulu ia kecil dan tidak berdaya.Wajah pada ekspresinya dan jari pada genggamanya.Ia berubah seiring dengan sunnah ALLAH yang merajai alam ini.Bahkan kita melihat perubahan yang berlaku pada keluarga,teman-teman,masyarakat dan negara sekaligus dunia.Perubahan yang tiada titik noktahnya.Kadangkala,tanpa kita sedari terkeluar ulasan dari hati mahupun lisan kita tentang perubahan yang berlaku."Dulu elok lagi dari sekarang ni...","Macam ni kan lebih elok" dan sebagainya.Perubahan fizikal ini seiring dengan emosi kita sama ada bertambah cinta atau bertambah benci.

Kalau dipantulkan balik pada diri kita,betapa perubahan yang berlaku pada diri kita turut mempengaruhi emosi orang sekeliling kita tanpa kita sedari.Yang pasti,ada yang baik dan ada pula buruknya.namun,hanya segelintir sahaja daripada kita yang benar-benar mempedulikan 'ocehan' sebegini,kerana menganggapnya perkara yang remeh ataupun yang berkata,"Lantaklah apa yang orang kata,asal aku buat mende betul sudah."Begitulah 'quote' yang sering kita dengar.

Akan tetapi bagi seorang yang mengaku dirinya Da'ie,setiap patah kata daripada orang sekeliling harus diperhatikan.Kerana pada ulasan tersebut terdapat 2 perkara penting:
  • Nasihat mahupun teguran daripada masyarakat.Perkara inilah yang menjadi 'batu loncatan' atau 'turning point' kepada diri kita untuk menjadi lebih baik.Ada juga yang berbentuk pujian yang menjadi manjadi pendorong untuk mendapat pujian di sisi ALLAH pula.
  • Suatu tanda aras tahap kepercayaan(tsiqah) mad'u kepada kita.Tak dinafikan kita tidak bermatlamatkan keredhaan mad'u,tetapi kata-kata mad'u mampu menunjukkan kesalahan kita yang menjuruskan fitnah kepada ISLAM sendiri melalui kesalahan tersebut.
Setelah itu,kita harus INTROSPEKSI.Muhasabah,SWOT analysis ataupun apa-apa nama yang menunjukkan proses menimbang balik amalan kita pada sela masa tertentu(hari,3 hari,seminggu bergantung kepada individu).Maka,kita pasti akan menemukan kesalahan-kesalahan.

The next step is TO CHANGE IMMEDIATELY.

Sememangnya perubahan itu suatu proses yang sukar.Jadi di sini ana ingn berkongsi 3 jenis perubahan yang kita boleh jalaninya bersama-sama.
  1. Berubah dengan perkara-perkara yang ringan dahulu.Hal ini termasuklah seperti menunaikan solat tepat pada waktunya,membaca Al-Qur'an sehelai sehari,habiskan 1 buku sebulan dan sebagainya yang dianggap ringan bergantung kepada individu.
  2. Berubah dengan diri sendiri dahulu.Kita tak mahu dinggap "double standard" ataupun "cakap tak serupa bikin" pada mad'u lebih-lebih lagi ALLAH jalla sya'nuhu yang sentiasa menilai kita
  3. Berubah saat ini.Mulakan dengan me'niat'kan seluruh kegiatan termasuk mambaca blog ini sebagai ibadah kepada ALLAH.
Begitulah...

Kalau bukan anda,siapa lagi?
Kalau bukan sekarang bila lagi?
agar PERUBAHAN menjadi realiti.Inilah keberanian yang harus ada pada jiwa Da'i.Keberanian untuk merubah diri seterusnya masyarakat.Ini sekadar perkongsian semata-mata.Namun,keputusan untuk BERUBAH itu masih ada di tangan pembaca sekalian.


Salam Perubahan ana hulurkan.
Sekian.

...Ummatku...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Catatan kali ini tinta tazkirah buat ana dan sidang pembaca sekalian,
kenangan yang selalu menghiasi saat duka kita,
apabila mengenangkan Baginda!!!

Ana mulakan entri ana kali ini dengan sabda Nabi S.A.W:((Tidak sempurna iman kamu sehingga AKU lebih dicntai daripada ibu bapa dan manusia seluruhnya.))

Sekarang,kita semua berada dalam musim Maulid.Musim kita menambah keimanan dan kecintaan terhadap Rasulullah.Teladan kita dalam kehidupan seterusnya pedoman kita dalam profesi DAI yang tersarung pada nama kita.

Namun,kita sering terlupa bahawa ALLAH telah memberikan Nabi kita " an exact timelife".63 Tahun.Tarikh kelahirannya adalah sama dengan tarikh kewafatannya.Maka,kali ini ana ingin mengajak pembaca sekalian merenung sejenak detik kematian yang telah terukir kemas di laman minda kita selama ini.

Semoga dapat menghayatinya!!

12 Rabiul Awwal 11 H,

Hening Subuh itu meresahkan para sahabat,satu-satunya golongan yang ALLAH sifatkan sebagai "Golongan yang diberi nikmat" dan menjadi suri teladan buat kita dan generasi PEWARIS seterusnya.Hati mereka diamuk keresahan menantikan IMAM yang akan mengetuai "persembahan ibadah" mereka kepada ALLAH pada pagi ini.Bukannya,mereka tidak tahu bahawa IMAM sedang duiji dengan lenyapnya kesihatan tetapi belum ada isyarat daripada IMAM bahawa IMAM perlu diganti.

Tirau Raudhah diselak.IMAM melihat setiap wajah sahabat yang sedang bersedia untuk menunaikan solat.Kemudian,IMAM meluruskan telunjuk kepada ABU BAKAR agar menggantinya.Maka,kesedihan segera menyelubungi hati sang pendamping dan keresahan mengalir melalui pembuluh darahnya.Temannya di Gua Thur tidak dapat meneruskan rutinnya sebagai IMAM.Dilanjutkan bacaannya ketika angin "kehilangan" mula bertiup sepoi-sepoi bahasa.

Setelah Fajar menyinsing,IMAM diziarahi seorang lelaki yang tidak dikenali oleh anaknya,((...lelaki yang bukan daripada sini...)).Pintu diketuk lalu disuakan alasan.Fatimah.Hatinya benar-benar tidak ingin istirehat IMAM,ayahandanya diganggu.((Izinkan dia masuk,itulah IZRAIL yang akan mencabut roh dari jasadku ini)).Seketika kemudian datanglah JIBRIL menjamin sambutan meriah daripada Kerajaan Langit terhadap roh IMAM.

IZRAIL.Malaikat itu sedang menarik keluar ROH Agung secara paling lemah lembut berbanding ummat kemanusiaan seluruhnya apabila IMAM berkata((Wahai Jibril!Alangkah pedihnya kematian...Andai ku tahu beginilah perasaannya,nescaya akan ku pinta ALLAH menimpakan kesakitan maut seluruh ummatku ke atas diriku seorang)).IMAM menyambung lagi((Duhai Fatimah,hari ini kesakitan ayahandamu akan berakhir...)).Serentak dengan itu,JIBRIL berpaling kerana benci terhadap kesakitan yang menimpa KEKASIH ALLAH itu.

Apabila roh IMAM sampai di dada,IMAM berpesan:((Ushikum bissolah!!...Aku wasiatkan kamu dengan solat!!).Pesan abadi buat duah....dan apabila roh IMAM sampai di halkum,kelihatan bibirnya terkumat-kumit menyebut sesuatu.Maka,Ali r.a mendekatkan telinganya ke bibir IMAM.Lalu terdengar

UMMATKU...UMMATKU...UMMATKU!!

Lalu,berhembuslah nafas ke negeri abadi.

Kecintaan apakah ini?
Kecintaan apakah ini?
Kecintaan apakah ini?

Baginda telahpun mengenali kita sebelum kita mengetahui namanya.Merindui kita dan menjulukkan kita dengan gelaran IKHWANnya.Namun,layakkah kita untuk bertemu dengannya.Adakah kita telah melaksanakan wasiat-wasiatnya?Persoalan ini ana pulangkan kepada sidang pembaca.

to be continued....

Renungi kata-kata Imam Hassan Al-Banna ini,
"Telah hilang rasa mengantuk dari pelupuk mata kami dan telah mengharu biru hati kami melihat keruntuhan UMMAT..."

Sekian.
Category: 0 comments

-sEpI-

Assalamulaikum wbt,
sudah lama tangan ini tidak melakar madah...
atas laman blog ini...
menyebabkan halaqah blog ini sepi...

Ana mulakan entri kali ini dengan kata-kata akh Muta'al yang kami(Ana,Nik dan Ali Ibrahim)dapat sewaktu safar kami ke Kedah("specific"nya rumah Ihsan Rosli) baru-baru ini:((Orang yang hebat tidak akan menjawab waktu cuti yang panjang ini hanya untuk menyiapkan lesen atau apa-apa yang bersifat mementingkan diri semata-mata...))

Sememangnya kata-kata ini telah ana sematkan dalam hati ana sebagai suatu cabaran untuk ana menjadi lebih baik pada masa hadapan.Satu perkara yang ana ingin kongsikan bersama pembaca sekalian adalah betapa resahnya hati seseorang yang merasakan ada bersama dirinya MASA KOSONG.Ana ulang sekali lagi,"Kekosongan itu suatu penyeksaan".
Kepulangan dari Kursus Jatidiri dan Kesukarelawanan zon Utara hanya mampu menjadi kenangan indah sekiranya para alumninya tidak melakukan sebarang rancangan.

Dan ana pasti ramai lepasan peperiksaan SPM tahun 2010 pernah mengalami kesepian sebagaimana ana telah alami.

-TARBIYYAH ITU INDAH-

Sesungguhnya setiap saat saya menekan papan Keyboard ini adalh disertai dengan lafaz hamdalah ana kepada Rabbul Alamin...kerana masih mengekalkan ana dalam kefahaman sebenar tentang Islam which means to join the Da'wa and Tarbiyyah Association.

Uniknya Tarbiyyah Islamiyyah ini adalah kerana urusannya adalah urusan ALLAH.ini bermakna ALLAH berada di sebalik tabir setiap perancangan yang disusun
oleh Pak-Pak Cik ataupum Mak-Mak Cik mahupun para syabab dan nisa'(thanks 2 JDK Timur).Kita sering melupakan hakikat ini sehingga sebahagian daripada kita merasakan beban Dakwah dan Tarbiyyah ini tidak mampu kita tanggung hingga akhirnya "syaitan" berjaya memesongkan kita daripada jalan ini.Sekiranya kita renung-renungkan dan menghisab semula sepanjang keberadaan kita dalm proses ini,kita akan mendapati adanya waktu "kuat dan waktu lemah".

Waktu kuat adalah waktu ketika kita merasakan ALLAH itu hampir dengan kita,kiamat pula menjadi matlamat kita,bahkan kita juga merasakan seolah-olah kita telah sempurna...seolah-olah kita telah disayangi oleh ALLAH...seolah-olah kita telah memiliki SYURGA....setelah itu datng pula waktu-waktu kelemahan,waktu harapan kita berada di hujung tanduk dan bayangan keputusasaan menyelubungi setiap jejak langkah kita.Ketika itu kita secara tidak sedar melupai perasaan ketika waktu kuat dan dengan mudahnya kita terjebak ke kancah dosa...bermula dari perkara-perkara makruh hingga berlakulah sebagaimana ia sepatutnya berlaku...

BUZZ!!!

Dengan kasih sayangnya ALLAH memberi kita peringatan semula tentang tujuan kita,amal kita, dan ke mana pengakhiran kita.Maka kita melangkah yakin ke waktu-waktu kuat.Pada waktu itu,perasaan yang tadinya hilang mekar semula,membaja dalam hati kita dan tumbuh subur sebagai Pohon-Pohon kebaikan.Seterusnya ALLAH mempertemukan semula kita dengan waktu-waktu lemah dan begitulah kedua-duanya dipergilirkan seterusnya,seterusnya dan seterusnya...

Apa yang ingin di'highlight'kan di sini,berapa banyakkah dosa yang kita telah kumpul sewaktu kita lemah?Berapa banyak mad'u yang semakin lemah keyakinan(thiqah) mereka terhadap kita?Berapa banyak hutang tanggungjawab yang kita tunggakkan?Berapa jauhkan kita dengan ALLAH pada waktu tersebut.Persoalan-persoalan inilah yang seharusnya kita jawab dalam muhasabah dzatiyah kita.Persoalan yang memberi keistimewaan kepada tarbiyyah kita.

-WAKTU LEMAH ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA TARBIYYAH-

Ana merasakan Tarbiyyah ini istimewa kerana Tarbiyyah ini membenarkan sebarang kesilapan pada penuntutnya agar mereka mampu mempelajarinya dan mengelakkannya pada masa akan datang.Tarbiyyah ini mengajar kita supaya berhati-hati daripada sebarang kesilapan dan pada masa yang sama tidak akan meng'condemn' apabila kita melakukan kesilapan asalkan kita sudi belajar daripada kesilapan tersebut.

Kesilapan tersebut lebih dikenali sebagai DOSA!!!

Kita sering mendengar dan menciplak "quote" ini:((...yang baik itu datang daripada ALLAH dan yang kurang itu datang daripada diri saya sendiri.Tetapi hakikatnya kedua-duanya datang dari ALLAH...))

Apa yang ingin ditekankan di sini adalah "waktu-waktu lemah" adalah penyusunan daripada ALLAH kepada kita.Suatu tarbiyyah secara tidak langsung daripada Tangan-NYA sendiri buat para hamba-NYA yang mengaku melalui proses ini.Bahkan "waktu-waktu lemah"lah adalah sebahagian daripada ujian ALLAH dalam firman:

((Apakah kamu mengira kami akan membiarkan kamu mengatakan "KAMI BERIMAN" sedangkan kamu belum diuji))
Surah Al-Ankabut:2

Waktu lemah juga adalah cabaran buat kita.Satu cabaran daripada ALLAH untuk mengetahui bagaimana ketegaran kita untuk memelihara iman sekaligus memelihara mas'uliyyah yang menjadi kebanggan kita selama ini.Apa yang diperlukan pada "waktu-waktu lemah" sama juga dengan "waktu-waktu kuat":((Al-Khauf dan Ar-Raja')*

-So,Apa kaitan antara waktu lemah dan KesEpIan???-

Merasakan lebihnya masa pada diri kita a.k.a sepi menghadirkan kelemahan.Bukankah Imam Asy-Syafie pernah berpesan kepada kita:((Barangsiapa yang tidak mengisi hatinya dengan kebaikan maka kejahatan akan menyelubunginya)).Kalau kita perhatikan,waktu lemah pada diri kita sering bermula dengan "sepi"nya hati daripada kebaikan,zikrullah dan sebagainya.

Itulah yang ana rasakan sekembalinya ana dari JDK.Tidak dinafikan bahawa JDK merupakan kem terbaik yang ana pernah sertai namun benarlah kata-kata;((..medan amal tidaklah pernah sama dengan medan tahu..)).Ana merasakan kesepian,kekosongan dan hati ini memberontak atas kesepian ini.Ana inginkan sesuatu dan akhirnya lemah,futur,dosa dan seumpamanya mengisi relung hati ini.Namun,ana ingin KELUAR dari keadaan ini.

Dengan keyakinan bahawa kelemahan ana beberapa minggu yang lepas adalah sebahagian daripada ALLAH kepada ana.Ana masih merasakan-dengan Rahmat ALLAH-bahawa ALLAH masih menyayangi ana...tidak lupa juga kepada insan-insan yang sedang menyibukkan diri dalam Amal-Amal Islami,Teruskan bekerja dan nantikan ana dalam kembara antum.Ana sedang MERANCANG!!!!

Rancanglah masa agar tidak terjebak dalam kancah sepi kerana KESEPIAN ITU SATU PENYIKSAAN!!!

Ana akhiri entri kali ini dengan kata-kata Abang Ali Irfan sewaktu kembara ana ke Klate bersama sahabat yang lain(tgk Fb):((...satu-satunya cara untuk istiqomah atas jalan ini adalh dengan meNYIBUKKAN DIRI dalam kerja-kerja ini.))

So,teruskan menyibuk dan rancang kesibukan antum.Moga kesibukan antun akan dinilai oleh ALLAH.Mohon doa daripada antum untuk ana dan ana selalu mendoakan antum.Ameen.

*besambung dalam catatan akan datang tentang dua istilah ini.

p/s:-Ini adalah ibrah terbesar yang ana dapat sewaktu kembara ana bersama Nik dan Ali ke rumah Ihsan Rosli baru2 ini.
-Thanks to ALLAH and all!!!
-Pohon maaf atas lamenya tak menulis dalam blog ini.
-Moga bermanfaat kepada semua.....
-Maklumat lanjut n pic boleh di Fb Kin Lamka(bg sesape yg berminat nk tau ttg safar kami)
Category: 1 comments