-sEpI-

Assalamulaikum wbt,
sudah lama tangan ini tidak melakar madah...
atas laman blog ini...
menyebabkan halaqah blog ini sepi...

Ana mulakan entri kali ini dengan kata-kata akh Muta'al yang kami(Ana,Nik dan Ali Ibrahim)dapat sewaktu safar kami ke Kedah("specific"nya rumah Ihsan Rosli) baru-baru ini:((Orang yang hebat tidak akan menjawab waktu cuti yang panjang ini hanya untuk menyiapkan lesen atau apa-apa yang bersifat mementingkan diri semata-mata...))

Sememangnya kata-kata ini telah ana sematkan dalam hati ana sebagai suatu cabaran untuk ana menjadi lebih baik pada masa hadapan.Satu perkara yang ana ingin kongsikan bersama pembaca sekalian adalah betapa resahnya hati seseorang yang merasakan ada bersama dirinya MASA KOSONG.Ana ulang sekali lagi,"Kekosongan itu suatu penyeksaan".
Kepulangan dari Kursus Jatidiri dan Kesukarelawanan zon Utara hanya mampu menjadi kenangan indah sekiranya para alumninya tidak melakukan sebarang rancangan.

Dan ana pasti ramai lepasan peperiksaan SPM tahun 2010 pernah mengalami kesepian sebagaimana ana telah alami.

-TARBIYYAH ITU INDAH-

Sesungguhnya setiap saat saya menekan papan Keyboard ini adalh disertai dengan lafaz hamdalah ana kepada Rabbul Alamin...kerana masih mengekalkan ana dalam kefahaman sebenar tentang Islam which means to join the Da'wa and Tarbiyyah Association.

Uniknya Tarbiyyah Islamiyyah ini adalah kerana urusannya adalah urusan ALLAH.ini bermakna ALLAH berada di sebalik tabir setiap perancangan yang disusun
oleh Pak-Pak Cik ataupum Mak-Mak Cik mahupun para syabab dan nisa'(thanks 2 JDK Timur).Kita sering melupakan hakikat ini sehingga sebahagian daripada kita merasakan beban Dakwah dan Tarbiyyah ini tidak mampu kita tanggung hingga akhirnya "syaitan" berjaya memesongkan kita daripada jalan ini.Sekiranya kita renung-renungkan dan menghisab semula sepanjang keberadaan kita dalm proses ini,kita akan mendapati adanya waktu "kuat dan waktu lemah".

Waktu kuat adalah waktu ketika kita merasakan ALLAH itu hampir dengan kita,kiamat pula menjadi matlamat kita,bahkan kita juga merasakan seolah-olah kita telah sempurna...seolah-olah kita telah disayangi oleh ALLAH...seolah-olah kita telah memiliki SYURGA....setelah itu datng pula waktu-waktu kelemahan,waktu harapan kita berada di hujung tanduk dan bayangan keputusasaan menyelubungi setiap jejak langkah kita.Ketika itu kita secara tidak sedar melupai perasaan ketika waktu kuat dan dengan mudahnya kita terjebak ke kancah dosa...bermula dari perkara-perkara makruh hingga berlakulah sebagaimana ia sepatutnya berlaku...

BUZZ!!!

Dengan kasih sayangnya ALLAH memberi kita peringatan semula tentang tujuan kita,amal kita, dan ke mana pengakhiran kita.Maka kita melangkah yakin ke waktu-waktu kuat.Pada waktu itu,perasaan yang tadinya hilang mekar semula,membaja dalam hati kita dan tumbuh subur sebagai Pohon-Pohon kebaikan.Seterusnya ALLAH mempertemukan semula kita dengan waktu-waktu lemah dan begitulah kedua-duanya dipergilirkan seterusnya,seterusnya dan seterusnya...

Apa yang ingin di'highlight'kan di sini,berapa banyakkah dosa yang kita telah kumpul sewaktu kita lemah?Berapa banyak mad'u yang semakin lemah keyakinan(thiqah) mereka terhadap kita?Berapa banyak hutang tanggungjawab yang kita tunggakkan?Berapa jauhkan kita dengan ALLAH pada waktu tersebut.Persoalan-persoalan inilah yang seharusnya kita jawab dalam muhasabah dzatiyah kita.Persoalan yang memberi keistimewaan kepada tarbiyyah kita.

-WAKTU LEMAH ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA TARBIYYAH-

Ana merasakan Tarbiyyah ini istimewa kerana Tarbiyyah ini membenarkan sebarang kesilapan pada penuntutnya agar mereka mampu mempelajarinya dan mengelakkannya pada masa akan datang.Tarbiyyah ini mengajar kita supaya berhati-hati daripada sebarang kesilapan dan pada masa yang sama tidak akan meng'condemn' apabila kita melakukan kesilapan asalkan kita sudi belajar daripada kesilapan tersebut.

Kesilapan tersebut lebih dikenali sebagai DOSA!!!

Kita sering mendengar dan menciplak "quote" ini:((...yang baik itu datang daripada ALLAH dan yang kurang itu datang daripada diri saya sendiri.Tetapi hakikatnya kedua-duanya datang dari ALLAH...))

Apa yang ingin ditekankan di sini adalah "waktu-waktu lemah" adalah penyusunan daripada ALLAH kepada kita.Suatu tarbiyyah secara tidak langsung daripada Tangan-NYA sendiri buat para hamba-NYA yang mengaku melalui proses ini.Bahkan "waktu-waktu lemah"lah adalah sebahagian daripada ujian ALLAH dalam firman:

((Apakah kamu mengira kami akan membiarkan kamu mengatakan "KAMI BERIMAN" sedangkan kamu belum diuji))
Surah Al-Ankabut:2

Waktu lemah juga adalah cabaran buat kita.Satu cabaran daripada ALLAH untuk mengetahui bagaimana ketegaran kita untuk memelihara iman sekaligus memelihara mas'uliyyah yang menjadi kebanggan kita selama ini.Apa yang diperlukan pada "waktu-waktu lemah" sama juga dengan "waktu-waktu kuat":((Al-Khauf dan Ar-Raja')*

-So,Apa kaitan antara waktu lemah dan KesEpIan???-

Merasakan lebihnya masa pada diri kita a.k.a sepi menghadirkan kelemahan.Bukankah Imam Asy-Syafie pernah berpesan kepada kita:((Barangsiapa yang tidak mengisi hatinya dengan kebaikan maka kejahatan akan menyelubunginya)).Kalau kita perhatikan,waktu lemah pada diri kita sering bermula dengan "sepi"nya hati daripada kebaikan,zikrullah dan sebagainya.

Itulah yang ana rasakan sekembalinya ana dari JDK.Tidak dinafikan bahawa JDK merupakan kem terbaik yang ana pernah sertai namun benarlah kata-kata;((..medan amal tidaklah pernah sama dengan medan tahu..)).Ana merasakan kesepian,kekosongan dan hati ini memberontak atas kesepian ini.Ana inginkan sesuatu dan akhirnya lemah,futur,dosa dan seumpamanya mengisi relung hati ini.Namun,ana ingin KELUAR dari keadaan ini.

Dengan keyakinan bahawa kelemahan ana beberapa minggu yang lepas adalah sebahagian daripada ALLAH kepada ana.Ana masih merasakan-dengan Rahmat ALLAH-bahawa ALLAH masih menyayangi ana...tidak lupa juga kepada insan-insan yang sedang menyibukkan diri dalam Amal-Amal Islami,Teruskan bekerja dan nantikan ana dalam kembara antum.Ana sedang MERANCANG!!!!

Rancanglah masa agar tidak terjebak dalam kancah sepi kerana KESEPIAN ITU SATU PENYIKSAAN!!!

Ana akhiri entri kali ini dengan kata-kata Abang Ali Irfan sewaktu kembara ana ke Klate bersama sahabat yang lain(tgk Fb):((...satu-satunya cara untuk istiqomah atas jalan ini adalh dengan meNYIBUKKAN DIRI dalam kerja-kerja ini.))

So,teruskan menyibuk dan rancang kesibukan antum.Moga kesibukan antun akan dinilai oleh ALLAH.Mohon doa daripada antum untuk ana dan ana selalu mendoakan antum.Ameen.

*besambung dalam catatan akan datang tentang dua istilah ini.

p/s:-Ini adalah ibrah terbesar yang ana dapat sewaktu kembara ana bersama Nik dan Ali ke rumah Ihsan Rosli baru2 ini.
-Thanks to ALLAH and all!!!
-Pohon maaf atas lamenya tak menulis dalam blog ini.
-Moga bermanfaat kepada semua.....
-Maklumat lanjut n pic boleh di Fb Kin Lamka(bg sesape yg berminat nk tau ttg safar kami)
Category: 1 comments

SHRAF MZB

href="file:///C:%5CUsers%5CNAZIAH%7E1%5CAppData%5CLocal%5CTemp%5Cmsohtmlclip1%5C01%5Cclip_themedata.thmx">Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Salam rindu ana hulurkan kepada semua sahabat handai yang tidak sempat ditemukan pada musim Ukhuwwah ini...musim Eid Mubarak sebagai hadiah ALLAH kepada hamba-hambaNya.

Bersempena dengan itu ana memanjatkan setinggi kesyukuran ana kepada Rabbul Alamin di atas peluang yang ALLAH berikan kepada ana untuk merasai nafas Ramadhan dan Aidilfitri...semoga gandingan hari-hariNya ini akan memberi pengaruh tarbawi Islami kepada diri untuk terus berada atas jalan yang berliku dan panjang ini.

Selawat serta salam kepada junjungan Agung Nabi Muhammad s.a.w yang telah menggadaikan seluruh kenikmatan kehidupan untuk Ummat yang menjadi kecintaan diri baginda agar diberikan kelebihan dan Rahmat daripada ALLAH...sentiasa....

Soalan pertama : BAGAIMANA IMAN ANTUM PADA HARI INI?BAGAIMANA PULA KECINTAAN ANTUM TERHADAP iSLAM ?

Dan ana tidak menerima jawapan “Yazid wa Yanqush” kerana ia sememangnya fitrah kita......

Kali ini ana ingin sekali berkongsi nota hati aidilfitri diri ana pada kali ini yang sememangnya membawa jutaan ibrah kepada diri ini.Mungkin inilah catatan terpanjang yang ana nukilkan dalam laman ini.Persoalan kenapa ana memilih hari raya ketujuh untuk menulis adalah untuk berkongsi pengalaman aidilfitri yang mesti dilalui terlebih dahulu.Ana yakin pasti penulis-penulis blog lain banyak mencoretkan perasaan bahagia mengharungi aidilfitri.

BEBAN DAN TANGGUNGJAWAB

Kepulangan ke kampung hamba di Kampung Ara Payung,Batu Gajah di Perak menghadirkan suatu perasaan baru kepada hamba.Perasaan aneh yang bergelar ke’abang’an yang menyebabkan hamba mula berfikir apakah peranan hamba sebagai seorang ahli kelurga yang besar ini?Hal ini didorong pula oleh Abang Saeed(balik Mesir Jumaat pukul 9.30 pagi) yang sering menyindir diri yang sering leka ini.Namun,hamba berharap sangat bahawa perasaan ini merupakan satu perasaan positif yang akan membantu hamba menjadi insan yang lebih bermanfaat kepada orang lain.Insya-ALLAH.

‘Ala kulli hal(Apa-apa pun) kepulangan ke kampung pada kali ini sememangnya meninggalkan lekukan-lekukan kebahagian di laman hati hamba.Sejujurnya,hamba mula belajar bagaimana nak ‘handle’ budak-budak.What I mean is children and infants.Ada dua orang ‘baby’ dalam keluarga besar hamba,Jalip dan Um(timangan bagi Zharif dan Umair).Hamba pula sibuk menyakat Hanis,sepupu kecil hamba yang tidak henti-henti meminta hamba menggendongnya.Hubngan ana dengan sepupu ana yang lebih senior dari hamba nampaknya semakin rapat.Bahasa mudahnya menepati objektif aidilfitrilah...merapatkan ukhuwwah kekeluargaan yang renggang mungkin,ataupun yang ber’gap’ di sana sini.

Di sinilah tanggungjawab bermula,bebanan untuk saling mendidik agar menjadi hamba yang diredhai Allah.Bebanan yang berat sebenarnya.Allah s.w.t telah berfirman dalam surah At-Tahrim yang bermaksud ,”Wahai orang-orang yang beriman,lindungilah diri kamu dan ahli(keluarga) kamu daripada azab api neraka...”Kadang-kadang kita terlalai daripada mengingat ALLAH,kaum kerabat kitalah yang akan mengingatkan kita.Di sinilah terletaknya bebanan terberat.Apa yang kita harapkan ialah kesemua kerabat kita menjadi kekasih ALLAH dan Rasul-Nya.Kanak-kanak dalam proses pendidikan dan pengasuhannya,remaja dengan pencarian identitinya,dewasa dengan tanggungjawab ilmu dan nafkahnya,pasangan kelamin dengan cinta mereka,ibu bapa dan anak-anak,masing-masing ingin kita pastikan agar berada dalam naungan-Nya sentiasa.Maka,setiap individu harus ada kesedaran Islami ( Wa’yun Islami ???) .Balik kampung hamba bukan sekadar menjenguk keluarga yang sudah lama tidak bertemu,melainkan ada misi rahsia....

UJIAN IMAN

Sub-tajuk ini ana ‘cilok’ daripada novel “Bumi Cinta” karya Habiburrahman Al-Sherazy sebagai ‘stimulants’ bagi minda yang sentiasa berfikir.Ramadhan baru sahaja berlalu dan di pada 11 bulan seterusnyalah yang akan menentukan hasil tarbiyyah Ramadhan pada sebulan yang lalu.

Namun,setelah musuh kita terlepas dari belenggunya mereka tiad henti melalikan kita dengan bius dunia yang mempesona.Secara sedar atau tidak,amalan kita mula menurun,kesungguhan dan jiddiyyah kita merosot,hati kita mulai menunjukkan karatnya,minda kita perlahan-lahan terhakis dan pakaian kehambaan yang kita sarungkan selama sebulan lau seakan-akan telah kita tanggalkan daripada diri kita.(Eden khususnya)Oleh kerana itu kita harus menyediakan sarana secukupnya untuk menghadapi musuh kita.

Jadi eden ingin mengajak semua pembaca merenungi ayat ALLAH yang berbunyi,”Bukankah kami telah berjanji kepaka kamu Hai Bani Adam Janganlah kamu menyembah syaitan,sesungguhnya dia bagi kamu musuh yang nyata.”Petikan surah Yasiin ini sepatutnya mampu menyedarkan kita akan bahayanya musuh yang sedang menyerang kita dan kita sendiri harus mempersiapkan diri kita.Janganlah keseronokan aidilfitri menyebabkan iman kita berada di sempadan wilayah kekafiran.

Eden tak mampu berkongsi banyak,cukuplah sekadar eden mengungkapkan bebrapa parah nasihat yang mungkin berguna bagi orang yang mengingininya.Pertama,sentiasalh berTAQWA kepada ALLAH dengan sebenarnya ketaqwaan kerana rasa ALLAH memerhatikan kita akan menghindarkan diri daripada perilaku maksiat dan derhaka kepada ALLAH.Kedua,penuhkan waktu yang dimiliki kini kea rah ubudiyyah dan penuh perancangan.Janganlah membazirkan waktu kerana masa itu kehidupan.Keburukan menyia-nyiakan waktu sama sahaja padahnya dengan membunuh diri.Ketiga,bergaullah dengan rakan-rakan yang baik yang dapat membentuk diri kita kea rah menjadi Hamba ALLAH yang lebih baik.Ameen.Keempat,berdoalah kepada ALLAH agar dilindungi daripada maksiat dan kedurhakkan dan dijadikan kita daripada ahli saff kebaikan dan kebajikan.

(petikan surat Imam Asy-Syahid Hassan Al-Banna)

Itu jelah daripada eden.

UCAPAN SELAMAT

Mesti pembaca tertanya-tanya,apalah maksud SHRAF MZB?Bagi yang sudah mengetahuinya,terimalah daripada ana

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

MAAF ZAHIR BATIN

Teman harap teman tak terlambat lagi untuk meng’wish’kan ucapan ini.

First,kepada semua ahli keluarga kerabat yang sudah bertemu mahupun tidak.Maafkan diri ini sekiranya ada sebarang kesilapan dan tersalah cakap dan sebagainya.Harap kewujudan teman sebagai anak Terengganu Perak ini tidak menyusahkan.

Second,kepda semua insan yang pernah teman panggil mereka dengan gelaran guru yang telah banyak membantu teman membentuk diri muslim sejati.Berkatilah ilmu di dada teman dan doakan teman agar menjadi ilmuwan Islam bersama teman-teman yang lain.Maafkan sekiranya terlampau banyak soalan yang diutarak sehinggan sukar sekali menjawabnya.

Third,kepada semua sahabat,uhibbukum fillah Abadan abada maaflah kalau ada tak terdengar ke,tersalh ajar ke,tersalah bagi arahan ked an segala macam kesalahan ana sudahi dengan kalimah MAAF.Ketahuilah,ana sentiasa maafkan kesalah antum.

Fourth,kepada semua yang mengenali diri dan kepada semua muslimen dan muslimat yang membaca blog ini mahupun tidak.Semoga ALLAH terima amalan mika Oleh ALLAH.

SHRAF MZB

Datanglah ke Rumah !!

Sebelum sabtu,18 sept 2010

Sekian.

Category: 0 comments

Menghargai RAMADHAN yang berlalu

Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh,salam motivasi iman amal dan mujahadah.

Diri ini mengungkapkan rasa malu kepada ALLAH kerana tidak menjalankan amanah berupa “halaqah blog” ini sebaiknya.Semoga Dia sudi mengampuni dosa-dosa yang secara sengaja terutamanya mahupun tidak terkumpul dek kealpaan diri ini.

Selawat serta salam kepada Rasul Dakwah dan Tarbiyah Islamiyyah yang sering diungkapkan namanya oleh hati yang merindui agar rasul ini bertemu dengannya dalam keadaan tersenyum.Insya-ALLAH.

Di kesempatan kali ini,wajarlah kiranya ana bertanya kepada pembaca sekalian,bagaimana iman dan amal antum?Lebih-lebih lagi apabila berada dalam bulan Ramadhan yang mulia ini.Bagaimana pula cinta dan pengorbanan kita kepada Islam?adakh bertambah seiring dengan umur yang ALLAH berikan kepada kita ataupun kita tergolong dalam golongan orang-orang yang disebut oleh ALLAH sebagai “barangsiapa yang kufur sesungguhnya azab-KU amat pedih”(Ibrahim:16).Sesungguhnya muhasabah ini amat penting sebelum kita meneruskan langkah seterusnya dalam kehidupan agar segala kekurangan dapat dikikis bersama peningkatan amalan soleh yang suci lagi menjernihkan jiwa.

Pada kali ini ana ingin sekali membicarakan tentang Ramadhan,bulan kerinduan bagi orang yang mengharapkan pertemuan dengan TUHANnya,serta bulan yang dinantikan oleh ‘asi(orang yang bermaksiat) untuk berubah yang sedang meneruskan langkahan terakhirnya untuk meninggalkan kita.Secara jujurnya sekiranya ada pihak bertanya kepada ana,”Camne pose thn ini?”,ana seakan malu dengan diri ana sendiri kerana ana tak memanfaatkan Ramadhan tahun ini sebaiknya sebagaimana tahun yang lalu.Syabas dan lautan tahniah kepada penuntut Ramadhan yang lebih baik pada tahun ini berbanding tahun lepas.Namun,perkara yang lepas biarlah berlalu,lets by gone be by gone…kerana kita mempunyai masa hadapan untuk dibentuk dan dirancang.

Maka,oleh kerana itu kita harus menghargai Ramadhan tahun ini.Bagaimana??? Bukankah Ramadhan hanya tinggal sehari sahaja lagi(daripada tarikh hari ini).Kita tetap mampu menghargainya dengan melaksanakan IBRAH daripada Ramadhan ini untuk bekalan pada bulan-bulan hadapan.

Tak Faham Lagi??

Bahasa mudahnya,ambil pengajaran daripada kesilapan kita pada bulan ini dan berjanjilah pada diri kita untuk tidak mengulanginya pada masa hadapan.Mungkin ada orang kata,”klu bulan Ramadhan kita takleh jadi baik,apalagi bulan lain…bulan ni syaitan kene rantai,klu syaitan terlepas lagilah payah nak berubah”.Mungkin ada pihak lain yang akan mempertikaikan ganjaran bulan ini berbanding bulan lain.Dan pelbagai lagi persoalan lagi yang merencatkan keinginan untuk menghargai Ramadhan.

Terdapat beberapa langkah yang boleh dilaksanakan untuk menghargai anugerah Ramadhan yang ALLAH berikan kepada kita:

· Muhasabah Ramdhan kali ini…terutama dari sudut keimanan kita kepadanya.Adakah kita daripada kalangan orang yang yakin terhadap janji-janji ALLAHatau kita termasuk orang yang melalaikannya.dan bagaimana keghairahan kita terhadap ibadah yang menjadi kelazatan dan kerehatan kepada hati-hati yang beriman.Lailatul Qadr yang dijanjikan sepatutnya menggiurkan kita,sekiranya kita benar-benar beriman…Muhasabah IMANmu sebagai langkah awal.

· Meneruskan Wawasan dalam IBADAH.Segala perancangan untuk qiamullail ,tadarus AQ,study,infaq seharusnya menjadi suatu kewajipan kepada kita terutama selaku para dai yang amat memerluakn ibadah sebagai bekalan dalam perjalanan DAKWAH dan TArBIYAH ini.Rancanglah semula perjalanan harian kita agar tawazun terhadap kesemua fakulti insan.

· Seterusnya,tingkatkan pemahaman kita terhadap makna ukhuwwah Islamiyyah.Tahukah antum bahawa kesemua ibadah dalam Islam mengajar ummat dan diri kita tentang makna persaudaraan dan kemanusiaan.Maka,wajarlah kita mencari rahsia ukhuwwah daripada puasa ramadhan kerana ukhuwwah Islamiyyah ini merupkan kekuatan kedua ummat selepas iman menurut Dr. Ali Abdul Halim Mahmud.

Begitulah sedikir perkongsian yang dapat ana sampaikan kepada ahli “ halaqah blog” ini pada kali ini.Mungkin ada dalam kalangan kita yang merasa seronok kerana Ramadhan kali ini lebih baik daripada tahun lepas.Mungkin juga ada yang bersedih kerana reputasinya merosot dan semakin teruk.Percayalah,setiap daripada kita ada peluang untuk menghargai Ramadhan…walaupun seteruk manapun prestasi kita.Kerana semuanya akan kembali kepada ALLAH,pencipta kebaikan dan satu-satunya pemilik kesempurnaan.Kepadanya sahaja kita bertawakkal dan menyerahkan amalan kita.

JANGANLAH KAMU BERPUTUS ASA DARIPADA RAHMAT ALLAH…TIADALAH YANG BERPUTUS ASA DARIPADA ALLAH MELAINKAN ORANG-ORANG KAFIR!!

(Diolah daripada dialog Nabi Ibrahim dengan malaikat sebagaiman diceritakan oleh ALLAH di dalam Al-Qur’an)

p/s:Doakan result trial SPM ana…paling penting moga diiringi kasih ALLAH.Doakan juga amalan ana dpada bulan ini diterima oleh ALLAH….Nantikan daripada ceritera eidulfitri nanti.Wassalam.

putrapurabuana.

Category: 0 comments

Sumbang pendekar

Mata tersedar dari lamunan panjang sang pendekar,
susuk tubuh perkasa dirasa tidak tergugahkan,
seribu musuh bukan lawan setara,
hanya diri yang bakal menjatuhkannya...

Dia tersungkur tanpa tersedar,
tersadung banir jahiliyyah menceracak,
dilitipi warna tanah mengelirukan,

Jatuh tanpa sedar,
bangkit...bangkit...bangkit,
namun terus jatuh,
sehingga luka mula berdarah,
sakit mula menjengah.

Hari ini matanya melirik ke bawah,
tersentak,
akan parahnya cedera,
hingga kudrat tiada bersisa.

Luasnya anagogi alami,
tanpa ingat diri hanya petandang bersinggah,
mencari bekalan guna mengumpul kekuatan,
untuk menjatuhkan apa yang perlu dijatuhkan,
dan mendirikan apa yang patut didirikan.

Pendekar kini melangkah semula,
bersama semangat luar kebiasaan,
diri ini mampu ditumbangkan,
hanya langit yang menjadi batasnya.

p/s:Ibrah dalam perjuangan...serdadu alami kini memacu kudanya ke gerbang kegemilangan.Insya-ALLAH wa ALLAHU AKBAR!!


Category: 0 comments

MERAH JAMBU-kelahiran adik baru?

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Alhamdulillah allazi hadana lihaza wama kunna linahtadiya lau la an hadanaLLAH,
Allahumma salli ala muhammad habibi waikhwani insya-ALLAH fil Jannah.Ameen.

Tanggal ini merupakan detik sedih dan gembira buat hamba,kembali ke sekolah dan berkhirnya cuti.Waktu berjuang sudah tamat dan waktu berehat suadah kembali.Tak sabar bertemu semula dengan sahabat,study,ustaz dan usatazah dan setiap penghuni tanah wakafanSMAKL.Untuk post kali ini,penulis hanya ingin berkongsi cerita diri kepada semua ahli "halaqah blog" ini.Kerana penulis baru belajar "impian yang tidak dikongsi sukar dicapai".

Kenangan ANAK SOLEH

Wajah ini dirobek dan dicantum oleh tangan anak-anak,
benih-benih baru di tanah terasing,
Kem Bukit Kolam namanya,
Mereka menanti kehadiran abang misali untuk membimbing,
Perjalanan jauh ,
berpandukan peta Kem Anak Soleh,
Abg SHAATIBI!!
begitulah jerit mereka apabila bertemuku,
di tengah perjalanan,
mereka membentuk pasukan baru,
dinamainya MERAH JAMBU,
bersama kami hadapi cabaran dan duri,
membentuk peribadi,
ANAK MUSLIM SOLIHIN!!

Rasanya tak sempat untuk hamba menulis tentang kenangan kem Anak Soleh kali pertama 2010 anjuran Sekolah Rendah Ibn Qayyim dan Haluan Terengganu.Nantikan report penuh daripada hamba buat tuan hamba semua dalam jangka masa sebulan ini.Persoalan mereah jambu akan terungkai.

Ekspo Pendidikan Sek. Men. Agama Kampung Laut 2010

Tak sempat menulis banyak kali ini tapi sekadar makluman buat semua "ahli halaqah " blog ini.Bumi wakafan ini akan digegarkan dengan pesta tarbiyyah pada Ekspo sulung ini.Tarikh yang dipilih ialah 1,2,3 Julai 2010.Pada hari itu akan ada pelbagai aktiviti menarik dan akan ada juga Hari Temu Murni bersama ibu bapa untuk menganalisis sejauh mana prestasi pelajar,mutarabbi tarbiyyah untuk seperdua tahun ini.(Debor eden,moga dopet result yang cemerlang.Ameen.Doakan ye)

Jangan lupa datang beramai-ramai!!!Temui penulis di sana.

DIRI INI

Doakan penulis agat terus thabat di atas jalan Dakwah dan Tarbiyyah ini.Sekarang penulis ingin menyiapkan minda agar menjadi calon Sijil Pelajaran Malaysia yang paling Super tahun ini.Untuk ISLAM!!!Nantikan daripada penulis karya cerpen kedua yang sedang ditulis "Konvoi Hidayah" dalam masa terdekat ini....Minta maaf atas segala kesilapan,minta maaf kalau tidak selalu menghadiri "halaqah blog" ini.Hamba bukan empunya waktu.
Sekian,wassalam.

p/s:Jangan lupa datang Ekspo tau!!

Category: 0 comments

Berkat ilmuku di tangan mereka

Artikel kali ini penulis karyakan buat dua orang USTAZ Sekolah Menengah Agama Kampung Laut yang berpisah dengan kami sebagaimana tercatat di dalam suratan Takdir Ilahi.Mereka merupakan Ustaz Muhammad Syafiq bin Che’ Ani dan Ustaz Muhammad Fikri bin Muhd Nasri.Kedua –duanya telah bertugas sebagai warden dan kedua-duanya telah mengukir karya mereka dalam catatan sejarah SMAKL.

Kedua-dua ustaz ini telah memulakan perkenalan yang agak suram bersama penulis.Ustaz Syafiq yang penulis mula kenal pada akhir tahun 2008 ketika berjalan bersama ustaz Rajaie tidak senyum dan bercakap tetapi lebih menjadi pemerhati.Mungkin baru nak sesuaikan diri.Ustaz Fikri pula lain pula ragamnya,ustaz ini lebih mesra dan terbuka…senang kata,mudah bergaul dengan orang lain.Namun,kedua-duanya telah banyak menyedarkan penulis akan erti kehidupan.

Jikalau ingin memerihalkan kedua-dua ustaz muda ini,mereka merupakan ustaz yang berkaliber dalam bidang masing-masing.Ustaz syafiq dalam bidang Deeniah dan ustaz Fikri dalam bidang bahasa.Kedua-duanya juga telah memberi perspektif yang lebih luas kepada penulis dalam kedua-dua bidang ini dan meransang penulis untuk menjadi pemikir bukan sekadar penuntu sahaja.Ustaz Syafiq cukup disukai penulis dari sudut ketepatan istilah yang digunakan dalam setiap penerangannya manakala untaz Fikri dari sudut bimbingannya kepada penulis dari sudut kepimpinan dan sastera.Semoga ALLAH rahmati kedua-duanya.

Air mataku menitis lagi,
Setelah lama kolam itu mengering,
Melihat pemergian si penjaga mergastua,
Yang selama ini menjaga benih-benih,
Di kebun bangsa.
Kekeluan melingkari diri,
Bersama sebak menghasut,,
Tak mampu terluah kata-kata perpisahan,
Ataupun mantera kasih penghabisan,
Sekadar salam kuhulur,
Buat tanda pemergian.

Tuhan,
Kau iringilah kedua-duanya dengan berkat cintamu,
Kau berilah mereka peluang yang lebih cerah di dalam kehidupan,
Kurniakan kepada mereka kebun bangsa yang lebih subur,
Agar pohon-pohon Islam bakal berbuah semula,
Kau kuatkankanlah kudrat dan keringat mereka,
Kau lengkapkan roh dan akal mereka,
Dengan cahayamu yang takkan pernah padam,
Kau jadikanlah mereka orang sabar dan tabah,
Serta kasih akan manusia yang lain,
Serta sudi memaafkan pabila ia tersilap.

Duhai penjaga,
Benih ini mohon tidak dilupakan,
Dalam doa kudusmu,
Ku cukup bimbangi satu perkara daripada jutaan yang lain,
Tuhan tak redhai ilmu di dada,
Dan engkaulah penentu,
Berkat ilmuku.

Sekadar ini sahajalah coretan yang mampu penulis lakarkan dalam karya kali ini.Penulis hanya inginkan setiap pembaca menghargai guru mereka walau apa pun kesalahan mereka dan kekurangan mereka.Yang baik itu penulis kemabalikan semula kepada ALLAH dan segala kekurangan penulis ukirkan pada wajah penulis agar tidak diulangi lagi.Wallahua’lam.

p/s:Jangan lupa bagi perkembangan tentang diri ustaz kepada kami dan ana minta maaf atas segala kelemahan ana.Buat ustaz Fikri,ana sedih sangat sebab tak sempat bersalam dengan ustaz….
Category: 3 comments

KAHFI- bukan nama biasa

Sebahagian gambar-gambar sahabat,di Kem Asah Fakulti Insan 2010 kali pertama Zon Timur.

fasi Akram bergaya ketika nasyid tema dipasang
"Mujahid Setia"


biskut kering...teman setia sepanjang kem




tok penghulu berbaju biru


sewaktu taklimat



Alhamdulillahirabbil alamin,segala puji bagi Tuhan Empunya Alam yang memberi hamba ini begitu banyak peluang untuk menambah kebaikan sebagai bekal bertemu dengannya.Insya-ALLAH.

Selawat serta salam tidak terhinggga kepada Mastermind Tarbiyyah dan Dakwah ,Nabi Muhammad s.a.w yang telah mengorbankan segala apa yang ada pada diri Baginda sehingga akhirnya ISLAm sampai pada diri kita pada hari ini.Hamba cukup bersyukur dengan pertemuan “halaqah blog “ ini,satu lagi kekuatan bagi hamba untuk meneruskan jiddiyah dalam jalan yang panjang ini.

Kali ini,hamba ingin berkongsi tajribah dan ibrah dari Kem Asah Fakulti Insan yang hamba lalui pada awal cuti kali ini.hamba sekali lagi sangat bersyukur kepada Al-Ilah yang menyiapkan diri hamba dengan asahan ini sebelum menghadapi cuti yang disistemkan oleh jahiliyyah secara terancang dan sistematik.Kem yang diadakan pada 4-6 Jun tahun ini peringkat zon timur telah meninggalkan seribu satu kenangan ukhuwwah dan fikrah yang tidak akan dilupakan oleh hamba.

Hamba terlewat sampai ke SMAKL lebih kurang 10 minit daripada masa yang telah ditetapkan(Lewat sokmo,kene ubah ni).Alhamdulillah,mujurlah bas belum lagi bertolak tapi hamba tidak ada tempat duduk memandangkan tiga-tiga bas telah penuh.Jadi,ana(ubah stylelah) kena tumpang kereta Daud dan Anas Asyraf(beruntung sebenarnya) bersama Ali Karim dan Syafiq.Sepanjang perjalanan kami dihidangkan dengan lagu-lagu Shoutul Harokah dan pemandangan alam yang cukup indah.

Kulihat alam setenang air di kali,
bersama hembusan angin dan terik suria,
Ku pasti akan dua perkara dari jutaan yang lain,
Alam ini sedang bertasbih memuji Rabb mereka,
Sedang aku sendiri melalaikan Rabb ku,
Dan bahawa alam ini pasti akan hancur,
walaupun aku tidak lagi bersedia.

Bersama laungan semangat dalaman,ana terus berusaha menycikan niat dan matlamat agar pengisian kem ini akan terkesan di hati yang penuh dosa ini.Insya-Allah.Setelah 40 minit lebih kurang,kami sampai ke Kem Pengkalan Gawi Tasik Kenyir.Kami merupakan peserta pertama yang sampai dan kami terus menunaikan solat asar.Kedatangan peserta lain yang sedikit lambat member kami pelung untuk melihat-lihat kawasan sekitar kem dan mengacau fasi-fasi dan urusetia.

Program pertama bermula agak lewat(6.00 petang),taklimat daripada Kem Kom,Abg Faris meminta kami agar menetapkan hati kami pada 4 matlamat:
· Ukhuwwah
· Berdikari
· Bekerjasama
· KeARAH

Setelah itu,program diteruskan dengan Ice Breaking dan Team Building.Ana cukup bertuah kerana menjadi ahli kumpulan pertama,GHURABA’ bersama ahli yang komited,Irfan Khir,Ridhwan Hakim,Amirul Hafiz(Pahang),Aunee dan adik ana paling bongsu dalam kumpulan,Anas Amran.Berita baik buat kami apabila diberi peluang untuk mandi di dalam tasik kerana semua tandas diguna oleh sahibah.(Sebenarnya untuk keseluruhan kem ini kami ‘terpaksa’ mandi tasik).

Slot pertama kami telah di’all out’kan oleh Cikgu Razali Maarof yang membawa tajuk Cabaran Pelajar Muslim.Dalam slot ini kami disedarkan bahawa kondisi UMMAH tercinta ini amat daif dan mengasihankan,telah menjadi tanggungjawab KAMI(sesiapa sahaja yang memahami fikrah ini) untuk memperbaiki keadaan ini.Maka cabaran yang akan ditempuhi oleh pejuang Tarbiyah dan Dakwah memerlukan kekuatan yang tidak terkalahkan untuk melepasinya.Dan kunci yang telah dikongsi oleh Cg. adalah Tawazun dalam tiga Quotient iaitu Intellectual Quotient,Emotional Quotient dan Spiritual Quotient.Ketiga –ketiga ini merupakan fakulti insan yang perlu dijana secara istiqamah untuk melahirkan Muslim cemerlang Dunia Akhirat.Secara ringkasanya,pembinaan ketiga-tiga kekuatan ini memerlukan tiga bekalan jua Knowledge,Tarbiyah dan Dakwah.

Fikrah ini terus dinyalakan pada keesokan paginya dengan penyampaian daripada Cg Kamaruddin(Ayah Raji) dengan tajukTarbiyah Dzatiyyah dan Pengaruhnya dengan Wa’yul Islami.Daripada penyampaian itu,cg amat menekankan aspek pembinaan individu dalam kerja Dakwah ini kerana ia merupakan asas sebelum tertegaknya keluarga,masayarakat, dan DAULAH muslim kepada ALLAH s.w.t.Dalam loghat teganu,Nok ke Ta’mboh?Semuanya terletak pada tangan kita.Cg juga memberitahu bahawa satu elemen yang penting dalam tarbiyah ini adalah Muhasabah.Mengingatkanperkara ini,ana teringatkan tulisan Ibn Qayyim “…..perkara yang asas dalam muhasabah ini ialah duduk sebentar sebelum tidur .Seseorang merenung amalannya yang baik dan yang buruk dan merperbaharui nasuhanya kepada ALLAH.Sekiranya dia bangun pada keesokannya,dia bangun sebagai insan baru dan bersedia untuk beramal dan sekiranya dia mati sesungguhnya dia telah mati dalam keadaan BERTAUBAT…” Bagi ana,tarbiyyah dzatiyyah amat memerlukan pernacangan dan cita-cita oleh para mutarabbi untuk menerapkan Islam dalam dirinya.Sama-samalah kita tingkatkan Tarbiyyah Dzatiyyah dalam kehidupan kita.

Program ini diteruskan lagi dengan Explorace yang melibatkan 6 checkpoint.Kumpulan kami telah digabungkan dengan kumpulan dua dengan istilah K.L 1.Dalam setiap checkpoint kami akan bertanding dan kumpulan dua yang dipelopori olek Luqman Ibrahim amat keras menunjukkan persaingan hingga sering menaikkan semangat kami untuk lebih bersungguh-sungguh.Kumpulan antara kumpulan yang tersesat dalam perjalanan kerana kami telah diminta untuk melukis peta sendiri dan merujuk kepada peta tersebut 100%.Malangnya,ketua tersilap pandang dan mengambil jalan yang nyata melencong jauh dari trek.Inilah yang memberi ana kesedaran baru dalam ukhuwwah.Peristiwa ini telah mengeratkan ukhuwwah kami kerana ALLAH dan proses taaruf antara kami berjalan hebat.Teringat kata-kata Abg Hafiz Hazim dalam Checkpoint Tren Bahagia,”kalau antum boleh bersama-sama menjaga belon agar tidak jatuh,mengapa antum tidak bersama-sama menjaga iman antum agar tidk jatuh?”Soalan itu membuat ana terpana.Ana berasa terpukul kerana soalan itu dan ana berharap agar ana dapat bersama-sama antum dalam menjaga ukhuwwah yang kita miliki ini.Hasil pertandingan,kumpulan ana menang dengan kumpulan Luqman dengan mata 5.5-1.5.

Satu lagi acara yang memberi ibrah yang cukup besar dalam diri ana ialah slot Heart to Heart.”Slot inilah yang menentukan jaya atau tidaknya program kali ini.”,begitulah kata-kata Abg Nik Hassan selaku moderator slot ini.Dengan linangan air mata,Abg Nik membuat muhasabah kepada kami apakah kami telah mencapai 4 MATLAMAT yang kami sepakati pada hari pertama hari itu.Ukhuwwah???Kerjasama???Penyerahan hati dalam Tarbiyyah??Apakah kita telah menyelesaikan semua itu.Ucapan seterusnya diikuti dengan ucapan Abg Ahmad yang mengingatkan kami semua Detik-etik akhir kewafatan Rasulullah s.a.w yang begitu cintakan Kita dan amat berharap agar ISLAM menyentuh hati kita.Amatlah besar pengorbanan baginda hingga akhirnya kita semua bergelar Muslim.Alhamdulillah.Dan,begitulah besarnya tugas kita untuk menyambung perjuangan ini kerana itulah satu-satunya jalan berjumpa Rasulullah s.a.w di Syurga kelak.Slot ini diakhiri dengan ucapan Abg Faris,”..Kem ini kem yang paling ana benci sewaktu berpisah dengan antum..Ana sayang antum semua kerana ALLAH taala.

Itulah cebisan kenangan yang tidak akan ana lupakan sampai bila-bila kerana ALLAH telah member hidayahnya melalui kem ini.Buat peserta KAHFI zon lain,sentiasalah berusaha mengutip mutiara yang bakal antum dapatkan dan jgn lepaskan peluang.Sucikan niat hanya untuk meraih Redha ALLAH semata-mata,rapatkan Ukhuwaah yang sedia terjalin dan tambahkan kenalan baru dan Antum akan dapat jutaan kebaikan daripada Rabb Jalla Sya’nuhu.

KAHFI,
satu pengasingan daripada ALLAH kepada tujuh pemuda ,
dselamatkan Aqidah mereka oleh ALLAH s.w.t,
Begitu juga kita,
KAHFI ini adalah ulangan tarbiyyah ALLAH kepada kita,
Ia bukan sekadar nama untuk ditiru,
tetapi tapak semaian untuk pemuda,
Beriman kepada Allah lalu ditambahkan petunjuknya,
sebelum melangkah ke dalam masayarakat dan membuat perubahan,
dengan gelombang pemuda KAHFI millennium!!!
ALLAHU AKBAR!!!

Segala kebaikan itu datang daripada ALLAH dan segala kekurangan itu datang daripada hamba yang dhaif.Semoga Allah bantu kita semua.Ameen.

p/s : Ana agak sedih kerana tak sempat bersalaman dengan abg Faris,Nik Hassan,Hafiz Hazim,Akram,Daud ,Anas Asyraf dan semua alumni lainnya.Moga ALLAH eratkan ukhuwwah ini dan moga kita bertemu lagi pada lain acara.Ya ALLAH,rahmati mereka…rahmati mereka…rahmati mereka….Ameen.




Category: 2 comments