Hammasah Qur'aniyyah:Cara baru memotivasi diri!!

Assalamualaikum wbt,

Ana mulakan entri kali ini dengan menyebut firman ALLAH swt :((Dan sesungguhnya Kami telah memudahkan Al-Qur'an maka adakah orang yang memikirkannya?))*

Begitulah pertanyaan yang ALLAH jalla sya'nuhu lontarkan kepada ummat manusia tentang sikap yang seharusnya ada kepada KITAB ini.Sememangnya ayat ALLAH swt ini benar dan sepadan dengan realiti hari ini yang dapat kita perhatikan sekeliling kita.Apabila Al-Qur'an ditinggalkan,hilanglah pedoman,nyatalah keresahan dalam kehidupan umat kemanusiaan.

Namun,kali ini juga ana ingin mengajak sidang pembaca sekalian memandang Al-Qur'an dari sudut alat motivasi sekaligus pemacu "hammasah" dalam kehidupan.'Post' kali ini ana petik daripada daripada buku 'Total Motivation' karya Satria Hadi Lubis,seorang konsultan daripada Indonesia.Sekilas daripada tulisan beliau,buku beliau mengandungi dua bahagian.Bahagian pertama mendedahkan kepada pembaca sekalian tentang "Apa itu motivasi",manakala bahagian kedua memuatkan 99 kiat(cara dalam bahasa Indon) untuk menaikkan motivasi.Apa yang menariknya,beliau membahagikan kesemua cara kepada 4 aspek yakni meningkatkan motivasi melalui Ruhi,Aqli,Fizik, dan Emosi.


Kulit buku Total Motivation

Sudah pasti membaca Al-Qur'an terletak di bahagian meningkatkan motivasi secara Ruhi."...membaca Al-Qur'an akan meningkatkan motivasi seseorang,sesuai dengan tarafnya sebagai Wahyu daripada pemilik alam,sama ada pembacanya memahami Bahasa Arab atau tdak...".Inilah keajaiban Al-Qur'an.Ana telah pun ber'eksperimen' dengan diri ini.Silakan sedang pembaca mencuba!!

Dengan penuh kerinduan kepada masa-masa dahulu,ingin ana kongsikan kepada pembaca sekalian pengalaman ketika ana mula mengenali hakikat Iman.Kisahnya hanya bermula apabila ada seorang teman berkongsi cara membaca Al-Qur'an yang baru kepada ana."Kakak ana masuk kali ini 3X doh baca Al-Qur'an sekali ngan maksud dier"(thanks Faiz Kamaruddin).Mulai saat itu,ana mencuba cara ini.Ana lakukannya dengan membaca satu ayat Al-Qur'an diselangi maksudnya.Setiap satunya ana teliti.Maha Suci ALLAH,dari saat itulah ana mengenal perasaan ber'Iman'.Saat itu juga,ana memahami kata-kata Saidina Uthman kepada kita:((Kalau benar hatimu suci,nescaya engkau tidak akan puas terhadap Al-Qur'an)).Nah,perhatikanlah hati kita.

Sesungguhnya semangat itu lahir dari cita yang luhur.Manakala cita yang luhur pula hanya hadir daripada hati yang suci.Hati yang suci pula terhasil daripada tarbiyyah Qur'aniyyah!Begitulah berkatnya Kitab ini,lambang kasih ALLAH kepada manusia kerana sifat Pemurah yang sedia ada pada ALLAH-lah yang membuat-NYA tidak sanggup melihat kita memakai pakaian hawa nafsu dan kebinatangan.Secara peribadi,kesan mengamalkan cara bacaan ini,kekuatan hafalan ana tertingkat dan penguasaan Bahasa Arab ana semakin baik.Alhamdulillah!!!


Tarbiyyah Qur'aniyyah akan meningkatkan Hammasah!!

Bukti yang ada pada ana hanyalah secebis daripada jutaan hikmah yang ALLAH telah berikan kepada manusia lain melalui Al-Qur'an.Ana hanya ingin berkongsi dengan pembaca sekalian.Maka,mulai saat ini sama-samalah berjanji dengan diri kita agar tidak pernah meninggalkan bacaan Al-Qur'an walau satu ayat sehari.

Selamat Mencuba,
Interaksi Aktif dengan Al-Qur'an kunci Hidayah dan Thabat!!
Category: 3 comments

3 comments:

BroHamzah said...

Assalamualaikum,
teruskan usaha yang murni ini.

BroHamzah

putrapurabuana said...

BroHamzah,

Moga ALLAH meredhai tulisan ini!!!

Yildirim Fateh said...

nice

Post a Comment