Hisab dan Perubahan

Assalamualaikum wbt,
Moga Redha ALLAH sentiasa mengiringi pembaca,
setiap saat dan setiap masa,
dan,
agar kasih sayang Rabb itu menjadi motivasi tarbawi,
untuk menjadi lebih baik dari semalam.

Ana mulakan entri ana kali ini dengan firman ALLAH swt dalam surah Ar-Ra'd ayat 11,bermaksud:((..sesungguhnya ALLAH tidak mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereke mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri..))

Kali ana ingin mengajak sidang pembaca sekalian untuk membicarakan tentang perubahan dalm hidup kita...sama ada disedar atau tidak.

Secara lumrahnya kita sememangnya mengalami perubahan.Lihat sahaja wajah dan jemari anda,bukankah dahulu ia kecil dan tidak berdaya.Wajah pada ekspresinya dan jari pada genggamanya.Ia berubah seiring dengan sunnah ALLAH yang merajai alam ini.Bahkan kita melihat perubahan yang berlaku pada keluarga,teman-teman,masyarakat dan negara sekaligus dunia.Perubahan yang tiada titik noktahnya.Kadangkala,tanpa kita sedari terkeluar ulasan dari hati mahupun lisan kita tentang perubahan yang berlaku."Dulu elok lagi dari sekarang ni...","Macam ni kan lebih elok" dan sebagainya.Perubahan fizikal ini seiring dengan emosi kita sama ada bertambah cinta atau bertambah benci.

Kalau dipantulkan balik pada diri kita,betapa perubahan yang berlaku pada diri kita turut mempengaruhi emosi orang sekeliling kita tanpa kita sedari.Yang pasti,ada yang baik dan ada pula buruknya.namun,hanya segelintir sahaja daripada kita yang benar-benar mempedulikan 'ocehan' sebegini,kerana menganggapnya perkara yang remeh ataupun yang berkata,"Lantaklah apa yang orang kata,asal aku buat mende betul sudah."Begitulah 'quote' yang sering kita dengar.

Akan tetapi bagi seorang yang mengaku dirinya Da'ie,setiap patah kata daripada orang sekeliling harus diperhatikan.Kerana pada ulasan tersebut terdapat 2 perkara penting:
  • Nasihat mahupun teguran daripada masyarakat.Perkara inilah yang menjadi 'batu loncatan' atau 'turning point' kepada diri kita untuk menjadi lebih baik.Ada juga yang berbentuk pujian yang menjadi manjadi pendorong untuk mendapat pujian di sisi ALLAH pula.
  • Suatu tanda aras tahap kepercayaan(tsiqah) mad'u kepada kita.Tak dinafikan kita tidak bermatlamatkan keredhaan mad'u,tetapi kata-kata mad'u mampu menunjukkan kesalahan kita yang menjuruskan fitnah kepada ISLAM sendiri melalui kesalahan tersebut.
Setelah itu,kita harus INTROSPEKSI.Muhasabah,SWOT analysis ataupun apa-apa nama yang menunjukkan proses menimbang balik amalan kita pada sela masa tertentu(hari,3 hari,seminggu bergantung kepada individu).Maka,kita pasti akan menemukan kesalahan-kesalahan.

The next step is TO CHANGE IMMEDIATELY.

Sememangnya perubahan itu suatu proses yang sukar.Jadi di sini ana ingn berkongsi 3 jenis perubahan yang kita boleh jalaninya bersama-sama.
  1. Berubah dengan perkara-perkara yang ringan dahulu.Hal ini termasuklah seperti menunaikan solat tepat pada waktunya,membaca Al-Qur'an sehelai sehari,habiskan 1 buku sebulan dan sebagainya yang dianggap ringan bergantung kepada individu.
  2. Berubah dengan diri sendiri dahulu.Kita tak mahu dinggap "double standard" ataupun "cakap tak serupa bikin" pada mad'u lebih-lebih lagi ALLAH jalla sya'nuhu yang sentiasa menilai kita
  3. Berubah saat ini.Mulakan dengan me'niat'kan seluruh kegiatan termasuk mambaca blog ini sebagai ibadah kepada ALLAH.
Begitulah...

Kalau bukan anda,siapa lagi?
Kalau bukan sekarang bila lagi?
agar PERUBAHAN menjadi realiti.Inilah keberanian yang harus ada pada jiwa Da'i.Keberanian untuk merubah diri seterusnya masyarakat.Ini sekadar perkongsian semata-mata.Namun,keputusan untuk BERUBAH itu masih ada di tangan pembaca sekalian.


Salam Perubahan ana hulurkan.
Sekian.

No comments:

Post a Comment