ADD MATH:jew's protocol


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Dengan lafaz salam ana mulakan hubungan hati antara hati ini dengan hati pembaca sekalian,
lafaz mulia daripada Syurga,matlamat akhir kehidupan seorang muslim yang ingin bertemu TUHAN-nya.....

Alhamdulillah....Alhamdulillah....Alhamdulillah
segala puji-pujian itu hanyalah untuk Allah pencipta ana dan juga pembaca sekalian,yang terus mengurniakan HIDAYAH kepada kita dan memberi kita peluang bersama dalam halaqah "blog" ini untuk membaiki iman yang lemah,

Allahumma solli ala muhammad wa'ala alihi wasahbihi ajma'in.
Selawat serta salam buat junjungan besar Nabi Muhammad,Guru Tarbiyyah dan Da'wah yang mengajar erti perjuangan dan pengorbanan.

Kali ini,ana ingin berkongsi sesuatu sebagai renungan bersama,semoga coretan ini tercatat sebagai usaha mencari hakikat ubudiyyah,

pada cuti kali ini,ana bersama beberapa sahabat telah mengikuti kelas tambahan bimbingan bagi subjek ADD MATH,PHYSICS,&CHEMISTRY.Kelas tersebut diselia oleh Sir ONG,guru cina yang pada pendapat ana amat berdedikasi dan penyayang.Kelas tersebut diadakan di Jalan Bukit Kolam(gitulah kata ummi) di Pusat Tuisyen Tutorial.

Pada permulaan kelas,terdengar laungan azan daripada masjid berdekatan.Sir bertanya,"nak tunggu habis azan dulu ker nak sambung dulu?",tersentak ana dan sahabat yang lain.Betapa ana dan sahabat perlu mencontohi sifat saling hormat-menghormati tambahan pula bagi bakal da'i yang akan menggegarkan masyarakat.Insya-ALLAH.Mujahid Fathi Yakan juga telah menggariskan sifat Sabar dan Lemah-Lembut sebagai salah satu akhlaq yang wajib dipenuhi oleh seorang muslim yang menggabungkan diri ke dalam agama ini.

"Da'i menyampaikan dakwah kepada orang jahil dan alim.,orang berakal dan sensitif,orang yang berlemah lembut dan orang yang keras,orang yang tenang dan orang yang mudah tersinggung.Oleh itu dia mestilah berbicara dengan manusia sesuai dengan akal mereka.Beliau mestilah menguasai mereka dan berusaha memenangi hati golongan ini.Kesemua ini memerlukan kesabaran yang sungguh tebal dan kesanggupan memikul risiko dan memerlukan sifat lemah lembut....."

Itulah pengajaran pertama,selepas itu berlangsunglah suatu kelas ADD Math yang seronok,mengupas tajuk Indices and Logarithms(topic susah untuk ana).Dapatlah ana memahami apa yang patut ana faham bagi menguasai topik ini.Kelas ini berlangsung selama 2 jam 30 minit satu sesi.Tapi hari tu dipendekkan sedikit kerana baru permulaan.Kelas diakhiri dengan 2 soalan sebagai kerja rumah.Wah,baru kelas pertama dah ader 'homework'....STANDARD!!!

5.30 p.m :Penulis balik ke rumah setelah menghantar sahabat yang menumpang.

Malam mula melabuh tirai,
Matahari mula menguap luas,
Melambai lambai pemergian siang,
Dua fenomena yang sentiasa berulang,
menjadi ibrah si ulul ALBAB.

Keesokannya,ana ader kelas Physics....tgh cikgu mengajar,sahabat ana bertanya,"Tb,anta solat asr tak smlm?".Ana tersentak.Baru ana teringat rupanya ana ada hutang dengan ALLAH.Padanlah iman semalam bergelora sekali...Betapa keseronokan belajar Add Math semalam telah me'lagho'kan ana,

"Tb,anta tahu dok ADD MATH tu protokol yahudi?"
sahabat ana di sekolah pernah mengajukan soalan ini.

"Ish,mengarut jer"
ana membalas kerana tak memahaminya.

"Eh,x percaya lak...yelah kiter terlampau nak selesaikan soalan sehingga membiarkan waktu solat berlalu begitu sahaja"

Teringat ana perbualan yang berlaku lama dahulu.Baru ana tahu betapa telitinya rancangan musuh ALLAH,sehinggakan setiap sudut kehidupan manusia itu akan disentuhnya agar terleka dari asas TAUHID...

maka sejadah menjadi saksi
hamba kerdil memohon taubat
kealpaan mengabaikan waktu bertemu tuhan,
Ya Rabb,
hamba-Mu memohon ampun dia tas kesilapan ini
tetapi hamba juga bersyukur kerana Engkau sudi menunjukku
kesalahanku....

p/s: "Kebaikan yang tak terancang akan dikalahkan oleh kejahatan yang terancang",keinginan untuk 'study' dan cita2 untk mendapat 'A' dalam pepriksaan adlah suatu kebaikan.Namun,tanpa perncangan yang rapi,kebathilan akan mudah menyusup masuk dan memesong dari destinasi yng sbnr....same2 ambil iktibar.

-pejuang fitrah-
Category: 3 comments

3 comments:

Nawwar said...

salam..skadar bicara,
"siapa yang menginginkan dunia, maka perlulah dia berilmu, siapa yang menginginkan akhirat, maka dia juga perlukan ilmu, dan siapa yang menginginkan kedua-duanya perlu juga memiliki ilmu."
kita tahu, ilmu Allah itu luas. smoga addmath yang agak memeningkan itu tidak membawa kita jauh drpd Allah, pemilik segala ilmu, tetapi mendekatkan kita kepada-Nya melalui jalan2 kerja addmath yang tak pernah kita terfikir sebelum ini . subhanAllah:)

Aisyah Humairah Najihah said...

MasyaALLAH, Moga ALLAH menjaga anta lebih lagi slps ni. Nak pergi masjid maklum dulu pd parents. Xlah tercari2 n mereka bimbang mana ank ksygn mereka pergi. May ALLAH loves you..

Ahmad Akram Solihin Bin Zakaria said...

Subhanallah..mengejar ilmu dunia bukanlah penghalang bagi seorang insan rabbani untuk menuju Allah rabb sang pencipta..Letaklah agama yang pertama namun ilmu bukan yang kedua. Wahai sahabat Shaatibi, indah sungguh kalammu, mampu menyinari hati yang fitrah ini...Mabruk a'laikum, wassalam

Post a Comment