GENERASI ini akan menyerlah!!!

Salam keselamatan buat semua pembaca budiman,
tak kira sama ada yang dikenal atau tidak,
semoga Allah akan melihat kalian dan merahmati segala amalan kalian,
begitu juga dengan segala kealpaan minta-minta diampuni-NYA.

Sudah lama rasanya ana tak berkongsi apa yang ada dengan orang,sehinggakan pernah diberitahu oleh seorang teman,"orang kabo blog anta tak aktif mane...".Biarakan apa yang dikata asalkan diri ini akan terus meluruskan diri dalam jalan D&T ini.

Kali ini ana ingin bercerita mengenai generasi seangkatan,platun-platun penggempur ilmu,pemanah pengetahuan serta pengintip pengalaman dan tajarub.Bahkan generasi tak terbatas dengan umur atau kelas tetapi setiap jiwa yang ingin melalui proses TAKWIN menjadi individu diredhai ALLAH.

Pemuda muslim harapan...

Pemudi muslimah impian....

Matlamat generasi ini hanya satu :MENEGAKKAN ISLAM & TUMBANGKAN JAHILIYYAH.Mereka begitu bimbang akan lafaz yang keluar daripada mulut As-Syahid Syed Quthb,"Manusia berada di tepi jurang kehancuran".Maka oleh itu mereka terus mempersiapkan diri agar menjadi seorang pejuang yang benar benar diinginkan oleh ALLAH.

ILMU,IMAN,AMAL

Telah menjadi keharusan bagi setiap ahli dalam generasi ini memegang tiga prinsip ini,bermula dengan ILMU.Kadang ada orang bertanya,mengapa didahulukan ilmu daripada iman.Jawabnya kerana Kita tak kan mampu beriman dengan aqidah yang betul kecuali dengan ilmu.Ilmu yang hakiki bukan sahaja menjadi simpanan memori tetapi yang menyerap ke dalam qalbu dan merubahnya.Di Malaysia,sistem pendidikan berdasarkan peperiksaan kekadang membuat kita lupa akan kesan iilmu terhadap diri.Malahan kita hanya memikirkan baerapa A sebagai kayu ukur...

Maka melalui masalah inilah IMAN memainkan peranan.Iman yang mengisi jiwa akan merasa kebaikan ilmu dan menggalakkan penganutnya tergesa-gesa serta bersemangat dalam menuntut ilmu.Contohilah kisah Imam Bukhari,seorang ulama' hadis yang kitabnya JAMI'US SHAHIH menjadi rujukan pertama dalam ilmu hadis,beliau yang tinggal di Uzbekistan sanggup pergi ke Madinah-Almunawwarah semata-mata mencari satu hadis.Jikalau ALLAH tidak memberinya iman yang mantap sudah pasti kita tak dapat mengetahui hadis yang menjadi rujukan kia pula.Iman pula bukanlah sesuatu yang dapat dimiliki secara mudah,bahkan perlu diusahakan secara teguh serta pa yang paling utama ialah DOA kepada ALLAH selaku pemilik tunggal iman.

Sejurus itu,AMAL pula kan meneruskan tanggungjawabnya.Ia menjadi pelengkap kepada entiti ilmu dan iman bak kata cerdik pandai,"Beramal tanpa ilmu itu bahaya,Berilmu tanpa amal itu sia-sia". AMAL yang paling baik dalam kehidupan dunia ini ialah selaras dengan matlamat generasi ini.Amal juga adalah perkara yang dihisab oleh ALLAh pada hari tiada bermanfaat harta dan anak pinak ,maka waspadalah generasi agar antum sentiasa meluruskan amalan antum menurut apa yang dikehenadaki oleh ALLAH.

KOMBINASI PRINSIP & UKHUWWAH



"Masa depan milik ISLAM",Syed Quthb.Yakinlah duhai generasi bahawa kita pasti kan menggempar dunia.Namun perlu ada sedikit RIBHATUL UKHUWWAH agar setiap individu dapat terus mengekalkan momentum dalam jalan ini .Hanya bersama teman sefikrah,kita dapat memelihara suasana 'memberi-menerima' .Rasulullah juga memberi jaminan lindungan ALLAH pada yaumul qiyamah bagi 2 pemuda bekasih sayang kerana ALLAH,bertemu dan berpisah kerana-NYA.

Oleh itu,perbetulkan diri kalian luruskan saff dan teguhkan jiwa untuk menempuhi jalan ini dan percayalah,"JIKA KAMU MENOLONG ALLAH ,ALLAH AKAN MENOLAONG KAMU PULA!!
Selamat Berjuang.

p/s : Post ini adalah pesanan penulis buat dirinya sendiri agar istiqamah di ata jalan ini.
Category: 3 comments

3 comments:

saza s said...

salam ziarah adikku...
semoga terus kuat berada di atas landasan yang betul ini
ingatlah Allah sentiasa bersama hamba-hambanya yang ingin membantu agamanya
abang saeed sentiasa mendoakan Tb dan generasi TB

gambatte kuadasai~
p/s- gambar yang sungguh mengejutkan :-)

rumaysa said...

mabruk ya akhi soghir

moga ditetapkan hati di atas bahtera dakwah ini..
ingatlah setiap langkah yang dicipta, doa kami insyaAllah sentiasa menemani..

coretkan sesuatu di kanvas sejarah islam!

salman azmin said...

sesekali berpeluang tgk blog enta, terbayang benih2 yang sedang digilap di bumi smakl sedang tumbuh seiring dengan sejarah penubuhan sekolah kita yang kian berkembang....

ana sgt gembira dgn lawatan kami ke SMAKL 2 hari lepas, lebih 5 objektif ana tercapai....

plg penting ana rasa sgt gembira dpt jumpa adik2 terutama form 1 dan ana mintak maap "ceroboh" masuk asrama diorg tanpa kebenaran nta.....[@@]
mrk adalah jiwa2 bersih dan baru lagi dgn fikrah kita... menunggu utk menerima..
Shatibi, penuhilah hak-hak mereka...
ana syg mrk krn Allah

maaf la klau ana jarang2 buka blog nta...
takut buang depan internet..

Post a Comment