...Ummatku...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Catatan kali ini tinta tazkirah buat ana dan sidang pembaca sekalian,
kenangan yang selalu menghiasi saat duka kita,
apabila mengenangkan Baginda!!!

Ana mulakan entri ana kali ini dengan sabda Nabi S.A.W:((Tidak sempurna iman kamu sehingga AKU lebih dicntai daripada ibu bapa dan manusia seluruhnya.))

Sekarang,kita semua berada dalam musim Maulid.Musim kita menambah keimanan dan kecintaan terhadap Rasulullah.Teladan kita dalam kehidupan seterusnya pedoman kita dalam profesi DAI yang tersarung pada nama kita.

Namun,kita sering terlupa bahawa ALLAH telah memberikan Nabi kita " an exact timelife".63 Tahun.Tarikh kelahirannya adalah sama dengan tarikh kewafatannya.Maka,kali ini ana ingin mengajak pembaca sekalian merenung sejenak detik kematian yang telah terukir kemas di laman minda kita selama ini.

Semoga dapat menghayatinya!!

12 Rabiul Awwal 11 H,

Hening Subuh itu meresahkan para sahabat,satu-satunya golongan yang ALLAH sifatkan sebagai "Golongan yang diberi nikmat" dan menjadi suri teladan buat kita dan generasi PEWARIS seterusnya.Hati mereka diamuk keresahan menantikan IMAM yang akan mengetuai "persembahan ibadah" mereka kepada ALLAH pada pagi ini.Bukannya,mereka tidak tahu bahawa IMAM sedang duiji dengan lenyapnya kesihatan tetapi belum ada isyarat daripada IMAM bahawa IMAM perlu diganti.

Tirau Raudhah diselak.IMAM melihat setiap wajah sahabat yang sedang bersedia untuk menunaikan solat.Kemudian,IMAM meluruskan telunjuk kepada ABU BAKAR agar menggantinya.Maka,kesedihan segera menyelubungi hati sang pendamping dan keresahan mengalir melalui pembuluh darahnya.Temannya di Gua Thur tidak dapat meneruskan rutinnya sebagai IMAM.Dilanjutkan bacaannya ketika angin "kehilangan" mula bertiup sepoi-sepoi bahasa.

Setelah Fajar menyinsing,IMAM diziarahi seorang lelaki yang tidak dikenali oleh anaknya,((...lelaki yang bukan daripada sini...)).Pintu diketuk lalu disuakan alasan.Fatimah.Hatinya benar-benar tidak ingin istirehat IMAM,ayahandanya diganggu.((Izinkan dia masuk,itulah IZRAIL yang akan mencabut roh dari jasadku ini)).Seketika kemudian datanglah JIBRIL menjamin sambutan meriah daripada Kerajaan Langit terhadap roh IMAM.

IZRAIL.Malaikat itu sedang menarik keluar ROH Agung secara paling lemah lembut berbanding ummat kemanusiaan seluruhnya apabila IMAM berkata((Wahai Jibril!Alangkah pedihnya kematian...Andai ku tahu beginilah perasaannya,nescaya akan ku pinta ALLAH menimpakan kesakitan maut seluruh ummatku ke atas diriku seorang)).IMAM menyambung lagi((Duhai Fatimah,hari ini kesakitan ayahandamu akan berakhir...)).Serentak dengan itu,JIBRIL berpaling kerana benci terhadap kesakitan yang menimpa KEKASIH ALLAH itu.

Apabila roh IMAM sampai di dada,IMAM berpesan:((Ushikum bissolah!!...Aku wasiatkan kamu dengan solat!!).Pesan abadi buat duah....dan apabila roh IMAM sampai di halkum,kelihatan bibirnya terkumat-kumit menyebut sesuatu.Maka,Ali r.a mendekatkan telinganya ke bibir IMAM.Lalu terdengar

UMMATKU...UMMATKU...UMMATKU!!

Lalu,berhembuslah nafas ke negeri abadi.

Kecintaan apakah ini?
Kecintaan apakah ini?
Kecintaan apakah ini?

Baginda telahpun mengenali kita sebelum kita mengetahui namanya.Merindui kita dan menjulukkan kita dengan gelaran IKHWANnya.Namun,layakkah kita untuk bertemu dengannya.Adakah kita telah melaksanakan wasiat-wasiatnya?Persoalan ini ana pulangkan kepada sidang pembaca.

to be continued....

Renungi kata-kata Imam Hassan Al-Banna ini,
"Telah hilang rasa mengantuk dari pelupuk mata kami dan telah mengharu biru hati kami melihat keruntuhan UMMAT..."

Sekian.
Category: 0 comments

No comments:

Post a Comment