Diri ini mengungkapkan rasa malu kepada ALLAH kerana tidak menjalankan amanah berupa “halaqah blog” ini sebaiknya.Semoga Dia sudi mengampuni dosa-dosa yang secara sengaja terutamanya mahupun tidak terkumpul dek kealpaan diri ini.
Selawat serta salam kepada Rasul Dakwah dan Tarbiyah Islamiyyah yang sering diungkapkan namanya oleh hati yang merindui agar rasul ini bertemu dengannya dalam keadaan tersenyum.Insya-ALLAH.
Di kesempatan kali ini,wajarlah kiranya ana bertanya kepada pembaca sekalian,bagaimana iman dan amal antum?Lebih-lebih lagi apabila berada dalam bulan Ramadhan yang mulia ini.Bagaimana pula cinta dan pengorbanan kita kepada Islam?adakh bertambah seiring dengan umur yang ALLAH berikan kepada kita ataupun kita tergolong dalam golongan orang-orang yang disebut oleh ALLAH sebagai “barangsiapa yang kufur sesungguhnya azab-KU amat pedih”(Ibrahim:16).Sesungguhnya muhasabah ini amat penting sebelum kita meneruskan langkah seterusnya dalam kehidupan agar segala kekurangan dapat dikikis bersama peningkatan amalan soleh yang suci lagi menjernihkan jiwa.
Pada kali ini ana ingin sekali membicarakan tentang Ramadhan,bulan kerinduan bagi orang yang mengharapkan pertemuan dengan TUHANnya,serta bulan yang dinantikan oleh ‘asi(orang yang bermaksiat) untuk berubah yang sedang meneruskan langkahan terakhirnya untuk meninggalkan kita.Secara jujurnya sekiranya ada pihak bertanya kepada ana,”Camne pose thn ini?”,ana seakan malu dengan diri ana sendiri kerana ana tak memanfaatkan Ramadhan tahun ini sebaiknya sebagaimana tahun yang lalu.Syabas dan lautan tahniah kepada penuntut Ramadhan yang lebih baik pada tahun ini berbanding tahun lepas.Namun,perkara yang lepas biarlah berlalu,lets by gone be by gone…kerana kita mempunyai masa hadapan untuk dibentuk dan dirancang.
Maka,oleh kerana itu kita harus menghargai Ramadhan tahun ini.Bagaimana??? Bukankah Ramadhan hanya tinggal sehari sahaja lagi(daripada tarikh hari ini).Kita tetap mampu menghargainya dengan melaksanakan IBRAH daripada Ramadhan ini untuk bekalan pada bulan-bulan hadapan.
Tak Faham Lagi??
Bahasa mudahnya,ambil pengajaran daripada kesilapan kita pada bulan ini dan berjanjilah pada diri kita untuk tidak mengulanginya pada masa hadapan.Mungkin ada orang kata,”klu bulan Ramadhan kita takleh jadi baik,apalagi bulan lain…bulan ni syaitan kene rantai,klu syaitan terlepas lagilah payah nak berubah”.Mungkin ada pihak lain yang akan mempertikaikan ganjaran bulan ini berbanding bulan lain.Dan pelbagai lagi persoalan lagi yang merencatkan keinginan untuk menghargai Ramadhan.
Terdapat beberapa langkah yang boleh dilaksanakan untuk menghargai anugerah Ramadhan yang ALLAH berikan kepada kita:
· Muhasabah Ramdhan kali ini…terutama dari sudut keimanan kita kepadanya.Adakah kita daripada kalangan orang yang yakin terhadap janji-janji ALLAHatau kita termasuk orang yang melalaikannya.dan bagaimana keghairahan kita terhadap ibadah yang menjadi kelazatan dan kerehatan kepada hati-hati yang beriman.Lailatul Qadr yang dijanjikan sepatutnya menggiurkan kita,sekiranya kita benar-benar beriman…Muhasabah IMANmu sebagai langkah awal.
· Meneruskan Wawasan dalam IBADAH.Segala perancangan untuk qiamullail ,tadarus AQ,study,infaq seharusnya menjadi suatu kewajipan kepada kita terutama selaku para dai yang amat memerluakn ibadah sebagai bekalan dalam perjalanan DAKWAH dan TArBIYAH ini.Rancanglah semula perjalanan harian kita agar tawazun terhadap kesemua fakulti insan.
· Seterusnya,tingkatkan pemahaman kita terhadap makna ukhuwwah Islamiyyah.Tahukah antum bahawa kesemua ibadah dalam Islam mengajar ummat dan diri kita tentang makna persaudaraan dan kemanusiaan.Maka,wajarlah kita mencari rahsia ukhuwwah daripada puasa ramadhan kerana ukhuwwah Islamiyyah ini merupkan kekuatan kedua ummat selepas iman menurut Dr. Ali Abdul Halim Mahmud.
Begitulah sedikir perkongsian yang dapat ana sampaikan kepada ahli “ halaqah blog” ini pada kali ini.Mungkin ada dalam kalangan kita yang merasa seronok kerana Ramadhan kali ini lebih baik daripada tahun lepas.Mungkin juga ada yang bersedih kerana reputasinya merosot dan semakin teruk.Percayalah,setiap daripada kita ada peluang untuk menghargai Ramadhan…walaupun seteruk manapun prestasi kita.Kerana semuanya akan kembali kepada ALLAH,pencipta kebaikan dan satu-satunya pemilik kesempurnaan.Kepadanya sahaja kita bertawakkal dan menyerahkan amalan kita.
JANGANLAH KAMU BERPUTUS ASA DARIPADA RAHMAT ALLAH…TIADALAH YANG BERPUTUS ASA DARIPADA ALLAH MELAINKAN ORANG-ORANG KAFIR!!
(Diolah daripada dialog Nabi Ibrahim dengan malaikat sebagaiman diceritakan oleh ALLAH di dalam Al-Qur’an)
p/s:Doakan result trial SPM ana…paling penting moga diiringi kasih ALLAH.Doakan juga amalan ana dpada bulan ini diterima oleh ALLAH….Nantikan daripada ceritera eidulfitri nanti.Wassalam.
putrapurabuana.
No comments:
Post a Comment