KAHFI- bukan nama biasa

Sebahagian gambar-gambar sahabat,di Kem Asah Fakulti Insan 2010 kali pertama Zon Timur.

fasi Akram bergaya ketika nasyid tema dipasang
"Mujahid Setia"


biskut kering...teman setia sepanjang kem




tok penghulu berbaju biru


sewaktu taklimat



Alhamdulillahirabbil alamin,segala puji bagi Tuhan Empunya Alam yang memberi hamba ini begitu banyak peluang untuk menambah kebaikan sebagai bekal bertemu dengannya.Insya-ALLAH.

Selawat serta salam tidak terhinggga kepada Mastermind Tarbiyyah dan Dakwah ,Nabi Muhammad s.a.w yang telah mengorbankan segala apa yang ada pada diri Baginda sehingga akhirnya ISLAm sampai pada diri kita pada hari ini.Hamba cukup bersyukur dengan pertemuan “halaqah blog “ ini,satu lagi kekuatan bagi hamba untuk meneruskan jiddiyah dalam jalan yang panjang ini.

Kali ini,hamba ingin berkongsi tajribah dan ibrah dari Kem Asah Fakulti Insan yang hamba lalui pada awal cuti kali ini.hamba sekali lagi sangat bersyukur kepada Al-Ilah yang menyiapkan diri hamba dengan asahan ini sebelum menghadapi cuti yang disistemkan oleh jahiliyyah secara terancang dan sistematik.Kem yang diadakan pada 4-6 Jun tahun ini peringkat zon timur telah meninggalkan seribu satu kenangan ukhuwwah dan fikrah yang tidak akan dilupakan oleh hamba.

Hamba terlewat sampai ke SMAKL lebih kurang 10 minit daripada masa yang telah ditetapkan(Lewat sokmo,kene ubah ni).Alhamdulillah,mujurlah bas belum lagi bertolak tapi hamba tidak ada tempat duduk memandangkan tiga-tiga bas telah penuh.Jadi,ana(ubah stylelah) kena tumpang kereta Daud dan Anas Asyraf(beruntung sebenarnya) bersama Ali Karim dan Syafiq.Sepanjang perjalanan kami dihidangkan dengan lagu-lagu Shoutul Harokah dan pemandangan alam yang cukup indah.

Kulihat alam setenang air di kali,
bersama hembusan angin dan terik suria,
Ku pasti akan dua perkara dari jutaan yang lain,
Alam ini sedang bertasbih memuji Rabb mereka,
Sedang aku sendiri melalaikan Rabb ku,
Dan bahawa alam ini pasti akan hancur,
walaupun aku tidak lagi bersedia.

Bersama laungan semangat dalaman,ana terus berusaha menycikan niat dan matlamat agar pengisian kem ini akan terkesan di hati yang penuh dosa ini.Insya-Allah.Setelah 40 minit lebih kurang,kami sampai ke Kem Pengkalan Gawi Tasik Kenyir.Kami merupakan peserta pertama yang sampai dan kami terus menunaikan solat asar.Kedatangan peserta lain yang sedikit lambat member kami pelung untuk melihat-lihat kawasan sekitar kem dan mengacau fasi-fasi dan urusetia.

Program pertama bermula agak lewat(6.00 petang),taklimat daripada Kem Kom,Abg Faris meminta kami agar menetapkan hati kami pada 4 matlamat:
· Ukhuwwah
· Berdikari
· Bekerjasama
· KeARAH

Setelah itu,program diteruskan dengan Ice Breaking dan Team Building.Ana cukup bertuah kerana menjadi ahli kumpulan pertama,GHURABA’ bersama ahli yang komited,Irfan Khir,Ridhwan Hakim,Amirul Hafiz(Pahang),Aunee dan adik ana paling bongsu dalam kumpulan,Anas Amran.Berita baik buat kami apabila diberi peluang untuk mandi di dalam tasik kerana semua tandas diguna oleh sahibah.(Sebenarnya untuk keseluruhan kem ini kami ‘terpaksa’ mandi tasik).

Slot pertama kami telah di’all out’kan oleh Cikgu Razali Maarof yang membawa tajuk Cabaran Pelajar Muslim.Dalam slot ini kami disedarkan bahawa kondisi UMMAH tercinta ini amat daif dan mengasihankan,telah menjadi tanggungjawab KAMI(sesiapa sahaja yang memahami fikrah ini) untuk memperbaiki keadaan ini.Maka cabaran yang akan ditempuhi oleh pejuang Tarbiyah dan Dakwah memerlukan kekuatan yang tidak terkalahkan untuk melepasinya.Dan kunci yang telah dikongsi oleh Cg. adalah Tawazun dalam tiga Quotient iaitu Intellectual Quotient,Emotional Quotient dan Spiritual Quotient.Ketiga –ketiga ini merupakan fakulti insan yang perlu dijana secara istiqamah untuk melahirkan Muslim cemerlang Dunia Akhirat.Secara ringkasanya,pembinaan ketiga-tiga kekuatan ini memerlukan tiga bekalan jua Knowledge,Tarbiyah dan Dakwah.

Fikrah ini terus dinyalakan pada keesokan paginya dengan penyampaian daripada Cg Kamaruddin(Ayah Raji) dengan tajukTarbiyah Dzatiyyah dan Pengaruhnya dengan Wa’yul Islami.Daripada penyampaian itu,cg amat menekankan aspek pembinaan individu dalam kerja Dakwah ini kerana ia merupakan asas sebelum tertegaknya keluarga,masayarakat, dan DAULAH muslim kepada ALLAH s.w.t.Dalam loghat teganu,Nok ke Ta’mboh?Semuanya terletak pada tangan kita.Cg juga memberitahu bahawa satu elemen yang penting dalam tarbiyah ini adalah Muhasabah.Mengingatkanperkara ini,ana teringatkan tulisan Ibn Qayyim “…..perkara yang asas dalam muhasabah ini ialah duduk sebentar sebelum tidur .Seseorang merenung amalannya yang baik dan yang buruk dan merperbaharui nasuhanya kepada ALLAH.Sekiranya dia bangun pada keesokannya,dia bangun sebagai insan baru dan bersedia untuk beramal dan sekiranya dia mati sesungguhnya dia telah mati dalam keadaan BERTAUBAT…” Bagi ana,tarbiyyah dzatiyyah amat memerlukan pernacangan dan cita-cita oleh para mutarabbi untuk menerapkan Islam dalam dirinya.Sama-samalah kita tingkatkan Tarbiyyah Dzatiyyah dalam kehidupan kita.

Program ini diteruskan lagi dengan Explorace yang melibatkan 6 checkpoint.Kumpulan kami telah digabungkan dengan kumpulan dua dengan istilah K.L 1.Dalam setiap checkpoint kami akan bertanding dan kumpulan dua yang dipelopori olek Luqman Ibrahim amat keras menunjukkan persaingan hingga sering menaikkan semangat kami untuk lebih bersungguh-sungguh.Kumpulan antara kumpulan yang tersesat dalam perjalanan kerana kami telah diminta untuk melukis peta sendiri dan merujuk kepada peta tersebut 100%.Malangnya,ketua tersilap pandang dan mengambil jalan yang nyata melencong jauh dari trek.Inilah yang memberi ana kesedaran baru dalam ukhuwwah.Peristiwa ini telah mengeratkan ukhuwwah kami kerana ALLAH dan proses taaruf antara kami berjalan hebat.Teringat kata-kata Abg Hafiz Hazim dalam Checkpoint Tren Bahagia,”kalau antum boleh bersama-sama menjaga belon agar tidak jatuh,mengapa antum tidak bersama-sama menjaga iman antum agar tidk jatuh?”Soalan itu membuat ana terpana.Ana berasa terpukul kerana soalan itu dan ana berharap agar ana dapat bersama-sama antum dalam menjaga ukhuwwah yang kita miliki ini.Hasil pertandingan,kumpulan ana menang dengan kumpulan Luqman dengan mata 5.5-1.5.

Satu lagi acara yang memberi ibrah yang cukup besar dalam diri ana ialah slot Heart to Heart.”Slot inilah yang menentukan jaya atau tidaknya program kali ini.”,begitulah kata-kata Abg Nik Hassan selaku moderator slot ini.Dengan linangan air mata,Abg Nik membuat muhasabah kepada kami apakah kami telah mencapai 4 MATLAMAT yang kami sepakati pada hari pertama hari itu.Ukhuwwah???Kerjasama???Penyerahan hati dalam Tarbiyyah??Apakah kita telah menyelesaikan semua itu.Ucapan seterusnya diikuti dengan ucapan Abg Ahmad yang mengingatkan kami semua Detik-etik akhir kewafatan Rasulullah s.a.w yang begitu cintakan Kita dan amat berharap agar ISLAM menyentuh hati kita.Amatlah besar pengorbanan baginda hingga akhirnya kita semua bergelar Muslim.Alhamdulillah.Dan,begitulah besarnya tugas kita untuk menyambung perjuangan ini kerana itulah satu-satunya jalan berjumpa Rasulullah s.a.w di Syurga kelak.Slot ini diakhiri dengan ucapan Abg Faris,”..Kem ini kem yang paling ana benci sewaktu berpisah dengan antum..Ana sayang antum semua kerana ALLAH taala.

Itulah cebisan kenangan yang tidak akan ana lupakan sampai bila-bila kerana ALLAH telah member hidayahnya melalui kem ini.Buat peserta KAHFI zon lain,sentiasalah berusaha mengutip mutiara yang bakal antum dapatkan dan jgn lepaskan peluang.Sucikan niat hanya untuk meraih Redha ALLAH semata-mata,rapatkan Ukhuwaah yang sedia terjalin dan tambahkan kenalan baru dan Antum akan dapat jutaan kebaikan daripada Rabb Jalla Sya’nuhu.

KAHFI,
satu pengasingan daripada ALLAH kepada tujuh pemuda ,
dselamatkan Aqidah mereka oleh ALLAH s.w.t,
Begitu juga kita,
KAHFI ini adalah ulangan tarbiyyah ALLAH kepada kita,
Ia bukan sekadar nama untuk ditiru,
tetapi tapak semaian untuk pemuda,
Beriman kepada Allah lalu ditambahkan petunjuknya,
sebelum melangkah ke dalam masayarakat dan membuat perubahan,
dengan gelombang pemuda KAHFI millennium!!!
ALLAHU AKBAR!!!

Segala kebaikan itu datang daripada ALLAH dan segala kekurangan itu datang daripada hamba yang dhaif.Semoga Allah bantu kita semua.Ameen.

p/s : Ana agak sedih kerana tak sempat bersalaman dengan abg Faris,Nik Hassan,Hafiz Hazim,Akram,Daud ,Anas Asyraf dan semua alumni lainnya.Moga ALLAH eratkan ukhuwwah ini dan moga kita bertemu lagi pada lain acara.Ya ALLAH,rahmati mereka…rahmati mereka…rahmati mereka….Ameen.




Category: 2 comments

2 comments:

saza s said...

patutlah macam kenal tempat itu...
rupa-rupanya ada udang disebalik mi... haha
TB, rindu awak
jealous dengan awak program sana sini dengan sahabat...
doakan abang saeed biar syuur islam tuh bertambah sikit ya!

putrapurabuana said...

Salam akhi,semua ahli keluarga terasa kehilangan abang Saeed...bila nak tulis semula?Rindulah...

Post a Comment