Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh...
Pembaca budiman sekalian,
Semoga ALLAH mengampuni dosa-dosa kalian tatkala memasuki "halaqah blog" ini,kiranya segala amal soleh yang dilakukan dengan ikhlas bakal diampunkan dosa oleh ALLAH..

Kali ini ana ingin berkongsi dengan antum sedikit hikmah pelajaran yang ana dapati daripada ayah ana melalui "sembang-sembang fikrah" bersama beliau...

Sebelum itu,sama-samalah kita merenung diri adakah kita sentiasa sedar akan firman ALLAH ini:

"Wahai ORANG-ORANG YG BERIMAN,Takutlah kamu kepada ALLAH dengan ketakutan yang sebenar-benarnya dan janganlah kamu MATI melainkan kamu dalam keadaan MUSLIM".

Tatkala ana menemui ayat ini,sekitar tahun 2007 ,ana terus bertanya kepada mas'ul ana yang ana sayangi kerana ALLAH..'Kenapa ALLAH menyuruh kita mati dalam keadaan muslim sedangkan ALLAH yang memegang kematian makhluqNya?' 'Kerana adanya manusia yang hidupnya tekun beribadah tapi di saat akhir kehidupannya dia terpesong dek SYAITAN durjana,ada pula manusia yang hidupnya penuh kebuasan NAFSU lalu dikurniakan ALLAH syurga dengan KEMATIAN yang Mulia....

Sahabatku,
Waspada kerana syaitan tak pernah lupa,
Berjaga kerana bila-bila masa maut boleh menjelma,
Berdoalah sentiasa kerana ALLAH ada bersama...

Ketakutan yang kita yakini merupakan KETAKWAAN yang menjadi darjat tertinggi bagi orang-orang mukmin.

"Sesungguhnya orang yang paling mulia dalam kalangan kamu di sisi ALLAh ialah orang yang paling BERTAKWA"

"Sesungguhnya bagi orang yang BERTAKWA itu ada kemenangan"

Yakinilah janji-janjiNya dan ana tidak malu menyeru,TAGIHLAH janji ALLAH apabila antum telah berusaha...NISCAYA akan ALLAH makbulkan...

Pabila Hassan Hudaibi ditangkap bersama seorang sahabat ikhwan yang teguh di atas jalan ini...
Kelihatan ikhwan itu menggeletar menahan takut.... Maka berkata Hassan...

to be continued...
Category: 0 comments

No comments:

Post a Comment