salamun ala manittaba'a lhuda waala rahmatillah,
Khabar gembira buat saudara saudari seperjuangan yang sentiasa menyoroti jalan dakwah dan tarbiyyah islamiyyah,jalan yang paling mulia pernah ditaklifkan kepada umat manusia.Sentiasalah merasa mulia dan jangan sesekali berputus asa terhadap manfaat yang bakal diperolehi daripada jalan ini.insya-ALLAH.
Bagaimana kahabar iman dan jasad??semoga sentiasa segar untuk mensyukuri nikmat ilahiyyah dan sentiasa bersemangat bertaqarrub kepada ALLAH.Kali ini,di penghujung RAMADHAN ana ingin berkongsi coretan hati agar kita sam-sama mempunyai matlamat yang jelas dalam kehidupan.
"Alim ulama' bersedih akan pemergian Ramadhan sedangkan umat berseronok menyambut eidulfitri sehingga lupa keutamaan akhir Ramadhan"
{Hami Asma'i}
Senantiasalah merenumg diri bagaimana perasaan kita akan pemergian bulan penuh barakah ini!Seharusnya bagi setiap muslim mukmin berasa sedih dan sebak keran kita bakal kehilangan segala manfaat yang cukup besar sebagai hadiah daripda ALLAH.Namun rasa sedih yang dialamai oleh kita hanya akan dirasai pabila syahadah yang kita ucapkan tiap kali solat benar-benar berkesan dihati.
"Lailahaillallah Muhammadur Rasulullah"
Kalimah ini menjadi asas setiap ibadah yang lain dan ia merupakan pintu bagi ibadah-ibadah lain.Seseorang musyrik walaupun sentiasa melakukan kebaikan tidak akan prnah diterima amalan nya bahkan telah diperlekehkan oleh ALLAh di dalam AL-Qur'an sebagai 'halaan manthura',debu-debu yang bermanfaat.begitu juga muslim yang tidak menghayati kalimah ini tidak akan mampu mendapat kebaikan daripada kalimah ini.Islam hanya pada nam dan adat sahaja tanpa benar-benar menghayati keberadaan mereka di dunia ini.
Para sahabat yang menjadi teladan bagi kita telah menunjukkan satu kewajipan bagi kita untuk memahami sekaligus menghayati capan ini.Kerananya,Mus'ab bin Umair sanggup meniggalkan kemewahan melakuakn transformasi 100% daripada kehidupan asal.Jikalau dahulu dia merupakan gilaan wanita2 di Mekah,harumannya dikenali di setiap tempat yang dilaluinya bahkan menjadi kesayangan ibunya.Namun,tetap memilih jerih payah di dunia agar mampu tersenyum di Akhirat kelak.
Akhirnya beliau masuk syurga dengan SYAHID di medan Uhud,ditangisi oleh Rasulullah dan sahabat yang lain kerana tidak cukup kaian kafan yang diperlukan.Begitulah nilai Syahadah yang sebenar...Assabiqunal Awwalun telah mendapat manfaat daripada kalimah ini.Kini sudah sampai giliran kita...sentiasalah berdoa kepada ALLAh agar dikurnikan kebaikan di dunia dan akhirat melalui kalimah ini dan jangan sesekali berpaling kerana kecelakaan bagi setiap orang yang menyombongkan diri.
Intiha,ana memohon agar dikurniakan iman yang kuat serta penyaksian yang adil kepada diri kita dan semua sahabat sahibah.Terimalah permohonan ini...terimalah permohonan ini...terimalah permohonan ini .Ameen.
{Pejuang Fitrah}
4 comments:
mabruk alaik adikku
jadikan diri kita sekuat nilai sayahadah itu
tak runtuh dek cacian, kuat dek cabaran
pastikan awak nanti nak sambaung balajar dapat scholarship tau...amik JPA boleh dok ngan abg saeed kat cairo ni...ngeh ngeh ngeh
Good starting..!
Teruskan kerja-kerja MEMBERI.
May ALLAH loves you.
"Hiduplah untuk memberi sebanyak-banyaknya, bukan untuk menerima sebanyak-banyaknya.."
saat pertama saya membaca post nie..
terkejut
wah, siapakah penulis ini??..
hebatnya tulisannya..
saya yakin empunya blog ini lebih hebat daripada blog ini sendiri..
tahniah pejuang fitrah...
anda sememangnya pejuang fitrah..
teruskan perjuangan...
istiqamah...
Allah balasannya...
lawat blog saya... pemuda memainkan peranan penting untuk memastikan kelangsungan perjuangan ummah..
dan saya pecaya anda adalah pemuda tersebut...
Assalamualaikum buat teman sperjuanagan,
jazakallah alaikum buat dorongan dan semangat,
doa daripada antum amat ana harapkan,
semoga impian kita untuk melihat ISLAm tertegak akan menjadi kejayaan...AMEEN
Post a Comment